Blog Pinger Free
Terpanggil untuk mengulas kenyataan Tun Mahathir, “They
have already been given a lot of chances. A lot of unhappy things have happened
in Penang, the same (is happening) in Selangor”. Diterjemahkan bermaksud pembangkang
telah diberi banyak peluang. Banyak perkara-perkara yang tidak
menyenangkan berlaku di Pulau Pinang, perkara
sama berlaku di Selangor.
Itulah kenyataan Tun Mahathir yang boleh dianggap keliru dan mudah lupa apabila membandingkan pakatan rakyat yang hanya baru empat tahun berkuasa di Pulau Pinang, Kedah, Selangor berbanding 55 tahun BN berkuasa di Malaysia.
Tun Mahathir lupa, Barisan Nasional (BN) berkuasa selama 55 tahun apakah yang telah dilakukan untuk
kesejahteraan rakyat Malaysia?. Lupakah Tun semasa berkuasa dahulu pentadbiran Tun banyak melakukan kemungkaran iaitu seperti fitnah,
rasuah, membela kroni-kroni, nepotisma lebih
dahsyat lagi mengaibkan raja-raja Melayu dengan melucutkan kekebalannya. Banyak
lagi kemungkaran BN yang tidak terdaya untuk disenaraikan. Kemungkaran yang dilakukan oleh Tun Mahathir ini disambung dan diamalkan
pula oleh Dato’ Seri Najib.
Dalam keadaan usia yang panjang ini dikurniakan oleh Allah SWT, Tun sepatutnya berhati-hati mengeluarkan
kenyataan memfitnah. Pakatan rakyat jika diibaratkan
sebagai bayi hanya baru pandai berlari
dan bertutur. Baru 4 tahun memegang tampuk memerintah Pulau Pinang, Selangor
dan Kedah (tidak termasuk Kelantan) tiada manusia akan mengharapkan
sesuatu yang ajaib boleh dilakukan berbanding 55 tahun BN memerintah. Walau bagaimanapun banyak perkara yang dilaksanakan demi kebajikan rakyat oleh pakatan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dan Kedah yang mahu dinafikan oleh Tun dari menyatakannya.
Ingin juga kita bertanya, apakah yang dilakukan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas merampas kuasa di Perak untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyatnya?.
Ingin juga kita bertanya, apakah yang dilakukan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas merampas kuasa di Perak untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyatnya?.
Cemuhan Tun tersebut sama sahaja nadanya dengan
pemimpin-pemimpin BN yang lain yang melebelkan
pakatan rakyat gagal melaksanakan janjinya terhadap rakyat. Inilah modal untuk diputar, diputar. Rakyat hanya senyum sinis, rakyat amat memahaminya.
No comments:
Post a Comment