IKLAN

Sunday, 29 April 2012

Perhimpunan Bersih Dan Perkasa

Ping Blog
Sebelum perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Di Junjung anjuran Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata bahawa beliau menjangkakan akan dihadiri oleh 10,000 orang pada 29 April 2012 di Kelab Sultan Sulaiman.  Pada hari yang dijanjikan ternyata rumput hijau lebih ternampak hijau dari 10,000 orang yang menghadiri perhimpunan tersebut.  Bolehlah kira sendiri.  Jangan lupa gunakan calculator.

Sementara  itu sebagai mengulas perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu lepas, Ibrahim menyatakan peserta-peserta yang hadir kebanyakannya telah dibayar RM100 dan RM200 untuk hadir. Menurutnya pihak pembangkang telah membelanjakan jutaan ringgit.  Beliau mengetahui perkara ini dari peserta-peserta selepas perhimpunan tersebut. Siapa yang akan datang secara sukarela.

Sementara itu Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Haji Awang menafikan bahawa peserta-peserta Pas dibayar. Menurut beliua Pas parti miskin yang mengharapkan derma dari ahlinya.  

Menurut Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR)  menyediakan peruntukan  untuk  diberi   kepada   peserta-peserta Bersih  kemungkinan oleh  PKR Selangor, Kedah, Kelantan, Penang atau dari duit Yahudi.  

Ibrahim mahukan  Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga  keluar daripada Malaysia jika beliau anggap  Malaysia negara kotor dan tidak baik, Keluar daripada Malaysia.

Nampak sangat cetek pemikiran Presiden Perkasa ini. Kita tak boleh menyalahkan beliau, sebab ilmu UMNO ada lagi yang beliau amal sekira mahu meramaikan sesuatu majlis atau perhimpunan taburkan duit baru ramai.

Tapi yang jelasnya perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih  DiJunjung kenapa tidak  ramai sambutannya. Mungkin peruntukan tak ada.  Siapa yang nak datang secara sukarela.  Yahudi pun tak beri duit.

Untuk pengetahuan Ibrahim, yang meramaikan perhimpunan Bersih 3.0 tersebut adalah orang-orang yang telah mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) atau orang muda atau student yang telah dapat wang subsidi buku 1Malaysia.
Sebab itu Kuala Lumpur dikuningkan hampir 350,000 orang yang secara sukarela datang dari seluruh pelusuk tanah air bersama-sama Bersih.  Inilah perhimpunan asalnya duduk bantah tercatat dalam sejarah satu perhimpunan terbesar berlaku dalam Malaysia.

Maka inilah dikatakan sebagai petunjuk, bukan petunjuk yang dilaporkan kapada Najib bahawa sokongan kepada BN telah bertambah. Itu laporan pengampu cari makan. Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.




No comments:

Post a Comment