Blog Pinger Free
Media UMNO seperti
dipukau tak mampu untuk berpijak di bumi nyata apabila berita seorang menteri
UMNO terlibat dengan seorang artis tanahair dimana artis tersebut dikatakan
mnenerima wang daripada menteri terlibat berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh
empat bulan Oktober 2011 hingga Januari 2012.
Menteri berkenaan
senyap dan sunyi tidak berkata apa-apa menikus selain artis itu sendiri melayani
para tweeter menafikan serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada yang
mengeluarkan komen mereka.
Budak-budak blogger upahan UMNO
bertungkus-lumus berpencak, bertaici, putar da putar dengan mengambil jalan
mudah dengan tujuan menolak berita tersebut dengan mengatakan artis tersebut
telah dikahwini oleh menteri tersebut di London. Rupanya putar dan salah putar
terbelit sendiri apabila artis tersebut ada mengeluarkan kenyataan sebelum ini
bahawa beliau menafikan bahawa beliau telah berkahwin.
Kalaulah perkara ini
terjadi dikalangan pemimpin pakatan rakyat, perkara ini akan dicanai dan
dicanang 24 jam sehari daripada sebelum subuh ke subuh esok tidak
berhenti-henti. Inilah cara akhbar penjilat najis.
Lihat saja isu yang
dikatakan pemimpin pakatan rakyat memperlekeh dan mempersendakan raja-raja
semasa majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong 11 April 2012, tidak sudah-sudah diputar sampai tak terputar hanya
melihat kepada blog Dr Rahmad saja yang belum tentu sahih diputar sampai lunyai.
Allah Maha mengetahui, Maha Kaya dan Maha Adil.
Apabila isu ini timbul kelu lidah akhbar penjilat najis untuk memutar isu
ini.
Perkara ini telah heboh
keseluruh Negara dari Perlis hingga ke Sabah.
Inilah masa media altenatif pro-pakatan memainkan peranan masing-masing
memberitahu rakyat setiap pelusuk tanahair inilah rupanya kemungkaran menteri UMNO. Rakyat yang dahulu tidak mengetahui akan dapat
meklumat jelas perkara ini. Makcik
Felda, Felcra yang berbangga dengan menteri UMNO lihatlah dunia mereka sanggup
berhabisan jutaan ringgit kerana inginkan manusia bernama artis.
Allah SWT ingin
menunjukkan kepada kita, dosa-dosa yang dilakukan oleh keluarga kita atau bapa
mertua kita misalnya tidak dibalas oleh
Allah SWT kepada mereka sebaliknya
secara simbolik dijatuhkan kepada saudara terdekat yang lain seperti kepada
menantu misalnya. Ini menjadi iktibar
kepada insan yang lain mengambil pengajaran.
Kedua belah pihak
sekarang menerima bala, pihak menteri, isteri dan keluarga dan pihak artis dan
keluarga. Pecah sudah telur tembelang yang memang busuk untuk pernafasan. Selalunya sekira manusia ada sikap keegoan,
keegoan itu yang mengajarnya.
Zuraidah Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang dan Sivarasa menunggu 7 hari akan menjelaskan lagi perkara
ini dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan
siasatan berhubung dengan pemilikan wang yang banyak oleh menteri berkenaan.
Di saat-saat menunggu
tarikh pilihan raya ke-13 yang dilambat-lambatkan oleh Najib, datang pula
menerpa balak baru yang perlu ditanggung oleh Najib. Fung Shui Tun Mahathir kata buat pilihan raya
sekarang, tapi Najib nak tunggu lagi balak yang lain pula.
Adakah menteri yang
terlibat dengan artis ini masih lagi boleh disenaraikan sebagai calon boleh
menang atau winnable candidates bagi UMNO BN?. Tunggu.
No comments:
Post a Comment