Kaum muslimin di negara ini diberi amaran oleh Perkasa
supaya tidak menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil (Bersih
3.0) yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Ini kerana perhimpunan tersebut di ketuai
oleh Datuk Ambiga Sreenavasan yang menurut mereka anti-islam dan pengkhianat
bangsa. Itulah amaran yang dikeluarkan
oleh Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.
Apa sebenarnya yang diperjuangkan Perkasa sama sahaja seperti JATI iaitu Islam, Melayu
dan Raja (IMR).
Dalam suasana rakyat memperjuangkan asas demokrasi iaitu menuntut satu sistem pilihan
raya bebas, bersih dan adil melalui satu perhimpunan aman Bersih 3.0, Perkasa
dengan bangganya mengeluarkan amaran supaya umat islam tidak menyertainya hanya
kerana Ambiga dikatakan tidak hormat kepada umat islam.
Apakah relavannya perhimpunan untuk menuntut pilihan raya
yang bebas dan adil dengan agama dan juga umat islam?. Memandangkan kepada kenyataan Fahmi
tersebut, ramai yang tersenyum dan tersasul ketawa kerana kenyataan tersebut sungguh
amat pelik. Sebab itulah tiada yang memperdulikan dan memberi perhatian kepada apa-apa
sahaja yang cuba di ketengahkan oleh Perkasa.
Perkasa harus ingat tidakkah terlintas di sudut hati mereka bahawa apa
yang diperjuangankan tersebut adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa
dan agama terhadap kebebasan dan keadilan sistem pilihan raya negara ini.
NGO-NGO yang sedar akan tujuan perhimpunan Bersih 3.0 telah
tampil satu persatu kini menyahut dan mengakui akan sama-sama mengambil bahagian dalam
perhimpunan aman tersebut.
Lapan (8) Tuntutan Bersih ialah : (a) Bersihkan senarai Undi (b) Mereformasikan undi pos (c) Gunakan dakwat kekal (d) Akses Media bebas dan adil (e) Masa
berkempen minima 21 hari (f) Kukuhkan
institusi awam (g) Hentikan rasuah dan
(h) Hentikan pollitik kotor. Ini sahaja yang perlu ditunaikan ileh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Susah
sangat ke?. Hendak seribu daya, tak hendak aku punya suka.
Sepatutnya SPR harus
menunjukkan mereka adalah sebuah institusi bebas yang telah diperkenankan
penubuhannya oleh DYMM Di Pertuan Agong bukan sebaliknya yang sentiasa
dipertikaikan akan tindak tanduk mereka.
Baru-baru ini Datuk Mahfoz Omar melaporkan adanya ‘task
force’ dilakukan oleh kerajaan BN memberi kad pengenalan Malaysia kepada pendatang
bagi membolehkan mereka mengundi BN. Kalau perkara ini benar ia umpama membuka pintu negara seluas-luasnya
yang boleh mengakibatkan keselamatan negara tergugat. Inilah perkara-perkara yang
dibimbangi bukan sahaja parti politik pembangkang, NGO-NGO tetapi turut sama
dirasai oleh ahli parti komponen BN dan rakyat Malaysia keseluruhannya akan implikasi-implikasi jangka panjang.
Berhubung dengan penglibatan Sastrawan Negara Datuk A Samad
Said (gambar) turut menjadi pemimpin Bersih 3.0,
Fahmi menyatakan mungkin Samad mempunyai isu tertentu terhadap kerajaan
sedia ada. Untuk pengetahuan Fahmi, isunya sama sahaja dengan Datuk Ambiga. Beliau
berjuang untuk keadilan daripada penipuan.
Satu lagi kenyataan paling sumbang dan tidak bertanggungjawab apabila Fahmi menyatakan “mungkin” Bersih 3.0
telah diinspirasikan oleh kuasa luar dengan niat menjatuhkan pemerintahan sedia
ada melalui penghinaan terhadap Melayu, Raja dan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR). Jika tidak yakin apa yang
diperkatakan usahlah buat kenyataan ‘mungkin’. Bila tidak pasti ia menjadi satu
bentuk tuduhan dan fitnah. Samalah
seperti kenyataan Tun Mahathir yang memburukkan NGO-NGO penyokong parti
pembangkang bahawa mereka dibayar oleh Amerika. Cuba
Fahmi tanya Mahathir siapakah yang menjatuhkan imej raja-raja Melayu yang kita
sayangi?.
Kenyataan Fahmi meminta kaum muslimin di negara ini terus
kekal kepada agama dan menjauhkan diri dari Bersih 3.0 sungguh melucukan. Adakah perhimpunan Bersih tersebut satu
perhimpunan untuk memurtadkan umat islam di negara ini secara beramai-ramai?. Atau untuk menjatuhkan kerajaan?.
Kalau tidak faham apa yang dilakukan oleh Bersih 3.0,
usahlah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat Malaysia. Turunlah sama melihat mereka hanya memprotes
secara duduk beramai-ramai atau ‘duduk santai’ di Dataran Merdeka pada 28
April, 2012. Sila faham.
No comments:
Post a Comment