Ping Blog
Amat memeranjatkan apabila berita mengenai ‘task force’ yang
ditubuhkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional bagi memberi
kad pengenalan (IC) Malaysia kepada
warga asing bagi membolehkan mereka mengundi untuk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Ke-13. Perkara
ini didedahkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Serentak dengan itu Mahfuz mahu ditubuhkan segera
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan perkara ini sebelum pilihan
raya ke-13 ini bagi menyiasat dakwaan wujudnya satu badan bertindak yang mengendalikan projek pemberian
IC kepada rakyat asing.
Menurut
Mahfuz antara mereka yang terlibat ialah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara
Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk
Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk
Othman Razak.
Dilaporkan juga lain-lain pegawai yang terlibat ialah Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi.
Dilaporkan juga lain-lain pegawai yang terlibat ialah Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi.
Berita
ini sungguh mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang ‘genuine’ cintakan negara
Malaysia. Jika berita ini benar bermakna
rakyat Malaysia tulin akan sama tarafnya dengan warga asing yang telah diberi kad pengenalan segera. Tidakkah pemimpin kita yang ada melihat
apakah yang terjadi kepada Negeri Sabah. Warga asing (Filipina) yang diberikan
kad pengenalan melalui projek IC begitu sombong dengan penduduk tempatan. Mereka telah diberi kemudahan dan ada antara mereka meneroka tanah, memiliki permit
teksi dan sebagainya atas nama Rakyat Malaysia. Rakyat asal terpinggir.
Negara
Malaysia akan memasuki peringkat tergadai sekiranya perkara ini sungguh benar
berlaku. Apa yang disebutkan oleh Mahfuz
ada logiknya. Negara sedang berada dalam
keadaan bahaya dari segi keselamatan. Bila-bila
masa sahaja negara boleh dijual.
Kita
begitu sedih mengenai berita ini.
Bagaimanakah mereka yang berada dalam Kementerian Dalam Negeri yang
ditugas menjaga keselamatan negara tergamak melakukan kerja yang hina ini. Tidakkah terfikir oleh mereka (jika perkara
ini benar) mereka telah memusnahkan harapan rakyat Malaysia dan juga genarasi
keluarga mereka juga akibat daripada kurang pertimbangan mereka.
Bak kata perpatah MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI. Yang dibuat untuk memenangkan tetapi
akibatnya negara dan cucu cicit kita tergadai.
Berhentilah daripada perbuatan keji ini. Janganlah mengkhianati amanah
rakyat.
Jika benar apa yang diperkatakan oleh Datuk Mahfuz, kesemua mereka yang tersebut jika sesunggunya terlibat boleh diambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kesalahan sebegini sebenarnya sesuai diambil tindakan di bawah ISA.
Sebelum
ini pun ada dalam pengetahuan ramai berhubung desas-desus dikumpulkan warga
asing untuk diberikan kad pengenalan. Tetapi
buktinya belum cukup. Tetapi kali ini
Mahfuz telah bersedia dengan bukti yang menurut beliau maklumat tersebut adalah
dari orang dalam sendiri.
Ya
Allah Selamatkanlah bumiku Malaysia dari
sebarang bencana. Biar aku dan
keluargaku kurang makan, tapi aku tak sanggup menghadapi tipu daya. Selamatkanlah Ya Allah. Amin
No comments:
Post a Comment