Apabila Pakatan Rakyat berkuasa negara Malaysia akan jadi negara republik dan akan
merobohkan Artikel 153 Perlembagan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan
Islam, orang Melayu dan Institusi Raja.
Itulah kata-kata Datuk Hassan Ali, Presiden Jati dalam ceramahnya di
Nibong Tebal. Hassan 'meminta tolong'
supaya pengundi Pulau Pinang tidak mengundi parti-parti DAP, PKR dan Pas dalam
pilihan raya akan datang.
Sebelum ini dalam satu ceramahnya di selatan tanah air Hassan pernah
menyatakan azan tidak akan berkumandang lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Allahu
Akbar.
Begitulah pengisian ceramah Hassan yang diulang-ulang di merata
tempat dikunjunginya bagi menggambarkan itulah perjuangan sebenar
JATI. Sebelum ini Hassan heboh dengan
penayangan video pengakuan sepasang suami isteri berbangsa Melayu dikatakan
dimurtadkan oleh mubalig kristian. Apa
yang ditayangkan oleh Hassan ialah
video yang menunjukkan pengakuan secara rakaman suara dan bukan visual. Tindakan Hassan
tersebut tidak langsung menarik perhatian ramai sebab orang sudah mangli kerana
orang yang membawa isu tersebut ialah Hassan Ali.
Agama Islam, Melayu dan Institusi Raja cukup terjamin sebagaimana termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan
Persekutuan. Tiada sesiapa yang akan
berani menyentuhnya atau mengganggu gugat kerana memahami implikasi yang akan dihadapi jika ia disentuh. Tidak perlulah Hassan bersusah payah menjerit
mempertahankannya. Rakyat sudah faham.
Apabila Hassan meminta mempertahankan Islam, Melayu dan
Raja, Hassan mudah lupa atau buat-buat lupa.
Siapakah yang membiarkan nasib bangsa Melayu menjadi statik tidak
bergerak dan berubah selama 55 tahun ini?.
Siapakah orang Melayu yang kaya dan senang selain daripada orang-orang
yang terpilih bernama kroni?. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh
pemimpin lalu pada tahun 1970 untuk mensasar pegangan saham Bumiputra sebanyak
30% pada tahun 1990 (30 tahun) tidak kesampaian. Sehingga kini 2012 sudah hampir 42 tahun pegangan saham bumiputra masih
lagi kecundang. Siapakah pejuang bangsa
Melayu dan Bumiputra tersebut?.
Hassan ingin memperjuangankan Institusi Raja melalui
JATI. Hassan seorang pakar motivasi lupa
sejarah bangsa. Lupakah sejarah hitam
dan kesedihan yang teramat sangat atas perbuatan UMNO dibawah pimpinan Tun Dr
Mahathir menghina dan menjatuhkan reputasi Institusi Raja-Raja di
Malaysia. Sekarang apabila nasib mereka
berada di hujung tanduk, mereka menggunakan Istitusi Raja-Raja sebagai talian hayat menyelamatkan diri dari
kelemasan.
Berhubung dengan agama Islam,
perjuangan Hassan Ali hanya menyalahkan agama lain terutama Kristian
menyebabkan umat islam murtad. Apakah inisiatif yang diambil oleh parti
memerintah untuk agama Islam. Wang Zakat yang diamanahkan untuk disalurkan
kepada asnaf zakat telah digunakan bagi tujuan lain. Untuk menyemarakkan masjid
jauh sekali. Jika ada ceramah-cermah yang diadakan untuk umat islam, surau-surau
tersebut akan ditutup atau dirobohkan dengan tujuan untuk menghalang kebangkitan
PAS. Sekarang penyakit ini berjangkit pula
di Melaka.
Sekarang jelas sungguh arah perjuangan sebenar Hassan Ali dan siapakah yang berada di belakang beliau?. Hassan
meminta pengundi Pulau Pinang jangan mengundi parti PKR, DAP dan PAS. Dengan
erti kata lain undilah UMNO/BN. Hassan
telah meminta orang Pulau Pinang menggunakan teori ‘ganda 10’ ciptaanya iaitu berkempen kepada keluarga, rakan
dan jiran supaya tidak mengundi Pakatan Rakyat.
Silap-silap teori ‘ganda 10’
memakan diri, mungkin apa yang dikempenkan menjadi ganda 20 undi
berbalik kepada Pakatan Rakyat.
Orang Melayu dan penduduk lain Pulau Pinang telah memahami
politik perkauman UMNO Pilau Pinang.
Orang islam telah nampak kejujuran Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau
Pinang yang membantu kebajikan dan syiar islam di Pulau Pinang dengan memberi peruntukan
yang sentiasa bertambah setiap tahun dalam pembentangan belanjawan negeri, memberi kebajikan membantu kepada orang-orang tua dan
sebagainya. Ini yang tidak boleh dilupakan.
Harap Hassan jangan mudah perasan, kehadiran ramai orang ke
ceramah beliau adalah semata-mata untuk mendengar apakah lagi isu yang akan diputar oleh beliau untuk memenuhkan
kouta kalau-kalau tersenarai sebagai calon boleh menang atau winnable candidate untuk UMNO/BN. Tuhan
Maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment