IKLAN

Thursday, 26 April 2012

TIBAI Ibrahim Ali Perkasa


Presiden Perkasa, Ibrahim Ali akan mencari apa saja ruang dan peluang bagi menarik perhatian parti UMNO kepadanya.  Paling utama apa-apa saja yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka beliau akan putar habis-habisan  melalui Perkasa dan juga rakan-rakan sepejuangan dunia akhirat NGO  Jati dan sewaktu dengannya.  Yang terbaru ialah Ibrahim Ali telah merasmikan kelab  Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).  Kelab tersebut diketuai oleh Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip. Nak Tergelak.

Adalah malang jika orang-orang sebegini dilantik menjadi pemimpin sebarang persatuan atau NGO. Tiada satu  misi yang boleh menyumbang kepada perpaduan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya yang diperjuangkan oleh orang-orang ini.  Yang jelas  Perkasa, Jati dan Tibai sama saja tujuannya adalah untuk memburuk-burukkan seorang insan yang paling ditakuti oleh mereka dan UMNO BN bernama Anwar Ibrahim.

Harus dipuji kepada blogger yang membuat poster di atas dengan meletakkan gambar Anwar BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA.  UMNO CUKUP Takut Individu Bernama Anwar Ibrahim (syabas kepada blogger berkenaan)

Menurut apa yang dilaporkan kerana penerimaan sambutan  tidak bersemangat pelancaran TIBAI maka Ibrahim Ali berikrar untuk mengadakan kempen baru mendedahkan kejahatan Anwar Ibrahim. 

Ibrahim dengan  sombong berkata beliau sanggup untuk menentang Anwar di kubu kuat Anwar di Permatang Pauh dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang, jika diberi peluang berbuat demikian.  Kesian Ibrahim, kenyataan beliau ‘jika diberi peluang’ bermaksud dia faham UMNO sendiri tidak menerimanya untuk menjadi calon UMNO memandangkan beliau telah dinyahkan dari UMNO.  Untuk menumpang dengan PAS adalah mustahil sebab jambatan telah dibakar (kata-kata Rais Yatim). Nak bawa diri jadi calon bebas terpaksa lawan Pakatan Rakyat, BN.  Sudah jadi tiga penjuru. Hilang wang deposit.  Kalau bertanding di atas tikit bebas apa perlu sebut jika diberi peluang.

Hairan juga kenapa pelancaran tersebut perlu dilancarkan oleh Ibrahim Ali.  Kenapa Mursyidul Amnya Muhammad Zahid Md Arip tidak memanggil Najib rasmikan TIBAI?. Harus diingat UMNO hanya bagi point jika sesuatu yang dilakukankan untuk jatuhkan Anwar.  Jangan ingat UMNO akan beri peluang untuk disenaraikan sebagai calon boleh menang atau winnable candidate dalam pilihan raya akan datang.

Nasib kauler Brahim.  Ada mata pandang, ada telinga dengar.

No comments:

Post a Comment