Free blog ping
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta rakyat
Kelantan supaya memilih parti Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya yang
akan datang untuk memerintah Kelantan.
Katanya selama 22 tahun parti PAS memerintah tiada sebarang perubahan
dilakukan.
Siapa Ahmad Maslan untuk meminta rakyat Kelantan
meninggalkan PAS dan memilih BN untuk menerajui kerajaan Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang ini?.
Ahmad Maslan tidak dapat
memahami jiwa rakyat Kelantan. Selama 22
tahun rakyat Kelantan amat selesa dengan cara Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nikmat menerajui kerajaan Kelantan. Gaya
hidup Tuan Guru yang sederhana yang tidak menggunakan hak kerajaan sebagai
milik peribadinya dan tidak terlibat sebarang salahguna kuasa dan rasuah amat disenangi dan dihormati oleh rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Ini amat berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN dan juga bos
Ahmad Maslan sendiri iaitu Najib yang tidak segan silu menggunakan wang negara untuk
kepentingan diri dan keluarga. Ini sungguh memalukan bagai langit dengan bumi
jika dibandingan dengan Tuan Guru Nik Aziz. (Tuan Guru menikmati nasi bungkus)
Rakyat Kelantan adalah orang-orang yang bijak dan amat mahir
berpolitik. Bawalah wang berguni dan
curahkan di Kelantan atas nama BR1M, namun hati mereka tidak akan berganjak
untuk meninggalkan PAS. Demo beghi hambo ambik.
Ahmad Maslan membawa cerita bohong dengan melebelkan negeri
Kelantan tiada perubahan pembangunan. Sama saja dengan bosnya Dato' Seri Najib yang mengatakan Kelantan adalah negeri termiskin. Dasar kerajaan Kelantan membangunkan Kelantan secara
serampang dua mata iaitu pembangunan rohani dan juga jasmani (infrastuktur) amat dipuji. Ini yang tidak diketahui oleh Ahmad Maslan. Ahmad Maslan kena melawat negeri-negeri lain
di Malaysia terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai Kelantan yang dikatakan tiada perubahan.
Cuba baca Laporan Ketua Audit Negara 2011, apa yang
diulas oleh Ketua Audit Negara berhubung dengan urus tadbir kewangan oleh
kerajaan Kelantan dan juga negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan di bawah
Pakatan Rakyat. Kelantan telah berjaya dalam mengambil inisiatif melunaskan hutangnya
dengan kerajaan Persekutuan. Orak ngerti.
Jangan cuba menafikan
pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan.
Sebagaimana coretan penulis yang lepas, sekiranya kerajaan BN tidak
menahan secara kejam wang royalty minyak 5 peratus yang sepatutnya diperolehi
oleh kerajaan Kelantan, kemungkinan Kelantan akan menjadi ibu negara kedua
terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur.
Kenyataan dan nasihat Ahmad Maslan adalah umpama angin lalu
atau umpama menjirus air ke daun keladi yang tidak memberi bekas di hati rakyat
Kelantan untuk mengalih pandangan mereka ke arah Barisan Nasional. Memandang lambang BN umpama memandang kebencian
kepada Ahmad Maslan.
No comments:
Post a Comment