IKLAN

Wednesday, 4 April 2012

MCA Membantah Lynas Hanya Tentukan Keselamatan, Pakatan Mahu Lynas Tutup Terus

Ping Blog
Loji memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn. Bhd, di Gebang, Kuantan telah 97 peratus siap dan akan mula beroperasi dalam tempoh tiga minggu lagi. Itulah yang dimaklumkan oleh Pengarah Pengurusannya Datuk Mashal Ahmad. Masalah ketika ini ialah pengeluaran lesen operasi sementara yang telah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB)  tetapi belum diterima oleh Lynas. Dengan demikian sisa nadir bumi tidak boleh diimport dari Australia ke Malaysia tanpa lesen berkenaan.

Tiba-tiba sahaja Datuk Seri Chua Soi Lek bersuara berhubung dengan Lynas dengan mengatakan MCA akan membantah pengeluaran lesen kepada loji nadir bumi Lynas sekiranya syarikat tersebut tidak boleh menjamin sisa nadir bumi tersebut dibawa keluar dari negara ini.

Apa yang dilaporkan Dr Chua bersetuju dengan pendapat pakar mengatakan  bahan radioaktif nadir bumi tersebut begitu kecil, juga mengambil pendapat Wakil Rakyat PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat (saintist nuclear) mengatakan tiada bahaya.


MCA sebenarnya tidak faham mengapakah NGO-NGO seperti Himpunan Hijau 2.0 dan parti pakatan Rakyat membantah projek Lynas tersebut.  Mereka mahukan loji ini tidak diteruskan beroperasi  demi  keselamatan penduduk.  Walaupun ada laporan pakar mengatakan loji tersebut tidak mendatangkan bahaya, harus diingat malapetaka tidak dapat ditentukan bila datangnya. Baik mencegah daripada mengundangnya.

MCA hanya membantah kepada pengluaran lesen sedangkan pihak Pakatan dan  Ngo anti-Lynas mahukan loji ini tidak dibenarkan beroperasi dan ditutup secara total.

Tindakan Lim Guan Eng  (DAP) dan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat tidak menyertai PSC dan keluar dari dewan adalah disebabkan mereka sudah dapat membaca, sekiranya sesuatu keputusan telah dibuat oleh PSC, mereka (kerajaan BN) tidak akan menggunakan keputusan tersebut.

Apa yang sedang diperjuangakan oleh Ngo-ngo dan Pakatan Rakyat bukannya mempolitikkan isu Lynas. Chua harus ingat jangan memperjudikan keselamatan rakyat dengan mengatakan isu Lynas dipolitikkan. Nyawa tidak boleh ditukar ganti dengan politik. Sendiri mahu ingat.

Kalau setakat membantah pengeluaran lesen operasi tidak payahlah Chua sebok-sebok. Sepatutnya demi keselamatan rakyat, MCA kena turun padang bersama-sama  menolak operasi Lynas tersebut.

No comments:

Post a Comment