IKLAN

Friday 23 November 2012

Dulu, Bukan Kini Dan Bukan Selama-lamanya

Blog Ping Tool
Terjumpa Jamil iaitu seorang kawan lama di sebuah warong kopi di Keramat. Hampir 10 tahun tidak berjumpa dengannya. Beliau masih sehat dan intonasi bercakapnya tidak berubah. Sambil menghirup ‘kopi jantan’ beliau bersuara “nampaknya pilihan raya akan datang ni habislah…..” Terhenti cakapnya, kerana beliau meneruskan menghirup kopi yang panas itu. Aku masih menunggu untuk dengar lagi apa yang dimaksudkan  ‘habislah”. “Sambutan terhadap pakatan rakyat semakin bertambah, kau tengok saja di facebook di mana saja ceramah mereka adakan penuh sesak, nampaknya Umno BN boleh bye-bye ler”. 

Aku tidak berniat  langsung untuk mencelah atau menambah apa yang diucapkan oleh sahabat aku ini.  Aku terlalu berhati-hati kerana tidak mahu terjadi pada dua bulan lepas semasa berkujung ke rumah seorang sarjan pencen yang terlalu taksub dan baghal, hanya dengan mencadangkan satu persoalan “apa kata kita tukar kerajaan yang ada sekarang?.  Beliau menyambut cadanganku itu dengan berkata “ jangan cuba-cuba besok kalau kerajaan sekarang tidak ada, pencen aku siapa hendak bayar?”.  Mengapalah sebodoh ini polis pencen ini. Kata hatiku.

Jamil terus memberitahu aku bahawa ada seorang kawannya  menerima  dua kad jemputan dari parti Umno. Dua kad jemputan tersebut ialah bagi Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Umno dan Majlis Jamuan Makan Malam Perhimpunan Agung Umno pada 29 November 2012. Jamil memberitahu aku bahawa sahabat beliau tersebut sememangnya hatinya sudah hitam pada Umno dan tidak boleh dipadamkan lagi sejak dari dulu.  Jamil berkata seingat beliau sahabatnya  “dulu kini dan selama-lamanya” tetapi kini tidak lagi sudah lain, sudah tidak selama-lamanya. Sudah boleh bercakap dan memberi pandangan yang bernas.  Jamil memberitahu sungguhpun sahabatnya sudah berubah tetapi beliau akan hadir di kedua-dua majlis tersebut untuk melihat gelagat terakhir perwakilan-perwakilan Umno yang hadir di perhimpunan tersebut.

Jamil dimaklumkan oleh sahabatnya bahawa hampir semua perwakilan berada dalam dilema dalam ketidaktentuan, yang memikirkan keadaan masa depan Umno.  Kebanyakannya memang mahu menampakkan sambutan pada majlis ini meriah tetapi ada satu agenda yang mereka akan lakukan untuk menunjukkan bahawa merekalah iaitu akar umbi yang mempunyai kuasa sebenar terhadap pemimpin negara. Aku hairan juga apa yang dimaksudkan dengan agenda tersebut. Jamil lantas memberitahu aku ‘agendanya di peti undi’.  Baru aku faham.  Aku pun memberanikan diriku sambil mengajukan pertanyaan “Abang setujukah kalau Umno BN dalam pilihan raya akan datang ini kalah?”.  Jamil sambil menggenggam  jarinya serupa tanda “like” di fb sambil berkata “ kita mesti ubah, dah tak tahan lagi, selama ini rupa-rupanya kitalah yang memberi kesenangan kepada mereka, kita yang bersengkang mata untuk menaikkan mereka, inilah masa untuk kita ubah”.  Lega hatiku bila melihatkan reaksinya begitu.  Memandangkan aku ada urusan lain terpaksa meminta diri sambil memeluknya aku berbisik “abang dengan saya sama, kita ubah bang”.  Terus kami beredar ke haluan masing-masing.  Yang aku kesal ialah tak sempat aku mengambil nombor handphonenya.

1 comment:

  1. Presiden Parti UMNO tiada sentuhan akhir buat rakyat menjelang bulan bulan terakhir ini. Budget entah kemana, kini sibuk perhimpunan agung.. mujur tak ada pemilihan.. gawat jadinya.. jika warga pengalaman sudah demikian, apatah remaja wan dan belia wan hendak tunggu lagi.. garam dilaut asam didarat... peti undi PRU 13 kita kerjakan UMNO dan BN.. ramalan mengatakan BN tumbang sepenuhnya pada PRU14..itu Daim Zainuddin cakap.

    ReplyDelete