IKLAN

Wednesday 15 August 2012

Kad Selamat Hari Raya Dari Presiden Dan Exco Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia Diedar

BlogPingTool.com
Kad Selamat Hari Raya Kelab Umno  Pesara Kanan Kerajaan Malaysia telah diedarkan kepada pesara-pesara kerajaan samada mereka ahli Umno atau tidak oleh Presiden dan Exco Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia yang ditandatangan oleh Tan Sri Aseh Che Mat.

Apa yang menarik di kad raya ini diselitkan maksud Ayat Al Quran (Surah Ibrahim: AYAT 7)   

 "Demi Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
 pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,
dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku)
maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"

Kita faham apakah tujuan tafsir ayat Al Quran tersebut diselitkan. Sebagai hamba Allah kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT yang menghidupkan kita, yang memberi nafas, rezeki dan hidayah dan rahmatnya.  Kita tidak boleh bersyukur kepada manusia dan kepada parti politik.

Tujuh tahun sudah saya bersara inilah kali pertama menerima kad hari raya dari parti Umno.  Sepatutnya semasa tahun pertama bersara menerima  kad raya seperti ini. Maka tidak menghairankan tujuan kad ini dihantar kerana kelab ini pun baru sahaja ditubuhkan iaitu disaat parti Umno sedang bertarung nyawa daripada tenggelam  dan kelemasan. 


Walau bagaimanapun terima kasih atas ingatan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”.

No comments:

Post a Comment