IKLAN

Wednesday 22 August 2012

Mahathir Kata BN Sebagai Syaitan

Blog Ping Tool
Tun Mahathir telah menyarankan bahawa lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.  Itulah kata-kata Mahathir yang menggambarkan kebimbanganya di atas kebangkitan Pakatan Rakyat, beliau sanggup menjual agamanya menggelarkan BN/Umno sebagai syaitan.  Pada Mahathir mengundi BN iaitu syaitan yang dikenali perangainya lebih baik daripada mengundi pakatan rakyat yang digelar sebagai malaikat yang tidak dikenali yang hanya pandai berjanji.



Kenyataan Mahathir ini disambut dengan anggukan oleh orang ramai tanda setuju bahawa BN/ Umno sememangnya parti syaitan. Lihat sahaja syaitan dan iblis akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa mempengaruhi manusia sejak zaman Nabi Adam lagi.  Serupalah dengan Umno, semua tindak tanduknya adalah akhirnya akan memusnahkan diri dan  kehidupan rakyat.  Lihatlah apa yang dinyatakan oleh pemimpin Umno, hanya Umno sahaja yang boleh membela nasib bumiputra, agama dan ketuanan Melayu.  Ini kata-kata orang-orang yang tidak ingat kepada Allah SWT, mereka ingat mereka berkuasa lupa terus pada Tuhan sekalian alam. Berbagai perkara  diperkenalkan  seperti mendaulatkan bahasa Melayu, Kepimpinan Melalui Tauladan dan berbagai transformasi dilakukan tetapi Janji yang ditepati ialah janji yang tidak ditepati. Lima puluh lima tahun BN berkuasa hidup rakyat kebanyakannya ditahap yang sama. Yang senang ialah orang yang bernama kroni.

Mahathir mempertikaikan tindakan pakatan rakyat, menurutnya  Najib sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya tiba-tiba menerima serangan dari pakatan rakyat (PR) dengan pendedahan skandal melibatkan pentadbiran Najib. Serangan dan pendedahan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT. Pendedahan  tersebut telah melambatkan lagi cadangan Najib untuk memanggil pilihan raya.

Apa yang harus dibimbangkan bukankah sokongan rakyat terhadap BN telah meningkat 300%, ini dapat disaksikan pada malam sambutan Gelombang Merah dahulu yang menyebabkan Najib tidak sabar-sabar untuk membubarkan parlimen.


Banyak sungguh  kritikan Dr Mahathir dalam blognya terhdap pembangkang.  Beliau membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.  Tetapi janji hanya tinggal janji.  Tun kena ingat pakatan rakyat belum berkuasa mana satu janjinya yang hendak ditepati.  Tun merasakan sedang berada di pemerintahan pakatan rakyat.  Belum lagi Tun. Tun menyatakan 5 tahun jika pakatan berkuasa negara ini akan hancur dalam masa lima tahun, tapi yang menjadi kenyataan ialah di Malaysia tiap-tiap  bulan BN sedang menghancurkan negara, khazanah negara seperti tabung sendiri, sudah tidak ada tender terbuka, kalau adapun keputusan boleh diubah. Rakyat tiap hari menderita kerana kenaikan harga barangan yang tidak menentu.  Apakah yang dilakukan oleh BN.


Kenyataan Mahathir yang mahu menyamakan Umno syaitan dengan pakatan rakyat apabila menuduh jika pakatan  rakyat berkuasa bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpin ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita percaya kata-kata Mahathir  Umno BN adalah syaitan. Tetapi persoalannya siapakah pula 'bapa syaitan'. Lumrahnya segala perkara yang baik tidak disukai oleh syaitan.  Lihat saja berhubung dengan hukum hudud, ianya sedang dipermainkan Umno syaitan yang tidak mahu menyokongnya lebih-lebih lagi digertak oleh MCA iblis.


Syaitan telah berjanji akan merosakkan anak Adam sehingga ke akhir hayat (kiamat).  Begitu juga Umno.  Masyarakat harus menjauhkan diri daripada syaitan Umno BN, lebih baik berkawan dengan Malaikat  demi kebaikan rakyat.  Maka bersatulah supaya bersatunya suara dalam pakatan rakyat umpama halilintar memanah syaitan.


No comments:

Post a Comment