IKLAN

Tuesday 14 August 2012

Nasharudin Mat Isa Bersama PM 1Malaysia Di Arab Saudi

Ping Blog
Semasa Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort, Ketua Umno Bahagian Beaufort, Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu untuk bekerjasama dengan barisan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Sabah, beliau tidak isytiharkan dirinya keluar daripada ahli Umno dan juga meletak jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Maka ramailah puak-puak Umno bersuara, secara anak jantan menggesa Lajim keluar daripada Umno dan juga melepaskan jawatan timbalan menteri. Dalam kebisingan tersebut maka atas nasihat Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Najib kepada DYMM DiPertuan Agong maka jawatan timbalan menteri Lajim tersebut digugurkan.


Semalam rata-rata blog pro-pakatan mengeluarkan gambar bekas timbalan presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama Najib dalam satu perjumpaan dengan tokoh ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly dan Mufti Masjid Haram Makkah Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi ketika ini menghadiri persidangan luar biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)  di Arab Saudi.


Maka tibalah pula  giliran parti Pas terutama Dewan Pemuda Negeri Kelantan (DPPNK) meminta Nasharudin menjelaskan pendiriannya samada masih mahu bersama Pas atau sebaliknya dan juga menggesa Nasharudin melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok, Kelantan.

Dalam kes Lajim tiada masalah bagi Umno menggugurkan keahlian Umno. Jawatan timbalan menteri yang disandang oleh Lajim, PM hanya menasihatkan DYMM Agong. Berbeza dengan keududukan Nasharudin, bagi urusan parti Pas tiada masalah cuma jawatan Ahli Parlimen adalah diluar bidang parti Pas kecuali tindakan Nasharudin sendiri melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.  Mahukah beliau melakukannya?.


Riak ikan di air untuk mengenali Nasharudin telah lama berkocaknya terutama selepas tumpas dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden yang mana dimenangi oleh Muhamad Sabu. Ramainya jemputan dikalangan pemimpin Umno di majlis perkhawinan anaknya telah dapat diduga. Jangan salah anggap apa saya katakana ini.  Siratulrahim sesama islam tidak putus alirannya jika dicincang sekalipun.


Dari tutur kata dan tindakannya telah menampakkan ke manakah ke arah jatuh bayangnya. Lihat saja kenyataan terbarunya yang meminta Pas meninggalkan DAP hanya kerana DAP tidak sehaluan berhubung dengan isu Hudud dan negara islam.  Lebih-lebih lagi kenyataan beliau ditemuramah oleh TV3. Sebenarnya beliau faham berhubung dengan situasi ini.


Dari segi lojiknya sudah nampak jelas pendirian Nasharudin.  Beliau telah dapat satu dahan tempat bergantung. Belum tentu dahan dari pokok yang besar tersebut tahan untuk digantung buaian, kerana dahan ini datangnya dari pokok yang sudah berumur 55 tahun. Jika di Kuala Lumpur pokok-pokok sabesar begini telah ambil tindakan oleh  DBKL mencatasnya dahan atau menebangnya kerana takut menimbulkan kejadian tidak dingini. Tak gitu?  Buatlah apa yang patut Nasharudin asalkan bahagia.

No comments:

Post a Comment