Bersimpati juga pada Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berhubung dengan logo sambutan Hari
Kemerdekaan. Beliau teruk dikritik hampir
saban hari di internet berhubung dengan logo yang disediakan untuk tahun 2012 dan
dianggap satu-satunya logo yang tiada standard langsung yang boleh dibuat
oleh pelajar darjah empat.
Beliau minta pembangkang bersabar. Mengapa pula minta pembangkang bersabar, sedangkan bukan pembangkang sahaja yang mempertikaikan logo tersebut bahkan orang ramai turut sama mencemuh kewujudan logo tersebut.
Rais juga mempertikaikan niat pihak pembangkang yang mahu
membuat slogan dan logo kemerdekaan di negeri pakatan pembangkang. Apa salahnya, selama ini setiap tahun
negeri-negeri mengadakan majlis sambutan kemerdekaan ditempat
masing-masing. Apa yang penting Hari Kemerdekaan itu disambut. Menurut Datuk A Samad Said pembangkang
juga akan menggunakan slogan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa," yang dipilih daripada idea orang ramai.
No comments:
Post a Comment