IKLAN

Sunday 5 August 2012

Royalti Minyak Kelantan Najib Tidak Tipu

Blog Pinger Free
Semasa Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu, beliau ada menyatakan bahawa dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum kerana tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

Tindakan kerajaan pusat memberi wang tunai kepada Kelantan pada tahun 2009 adalah untuk membangunkan Kelantan dan kesejahteraan rakyatnya.

Semalam 5 Ogos 2012, Najib berada di Bachok, Kelantan dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat.  Dalam ucapannya Najib berkata: 

"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain.  Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini”. 


"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun,"

Cuba nilaikan kenyataan Najib tersebut.  Di Kuala Lumpur beliau berkata bahawa Kelantan tidak layak membuat tuntutan bayaran tunai kerana aktiviti cari gali tidak berada dalam perairan atau persisir pantai negeri Kelantan. 


Apabila  beliau berhadapan dengan rakyat Kelantan di Bachok nadanya terus bertukar “bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun”.  Apakah maksud perkataan ini?  Dalam beliau berkata tidak ada hak maka beliau berkata tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun. Ini menipu namanya. 


Inilah percakapan yang diketegorikan sebagai munafik. Menggunakan nama Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menegakkan benang basah beliau dan demi survival politik beliau.  Beliau hendak buka buku baru kepada rakyat Kelantan.  Selama ini  buku lama yang beliau ada adalah buku yang banyak tercatat penipuan dan kekejaman terhadap rakyat Kelantan, menafikan hak rakyat Kelantan dengan kerjasama Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno Bachok Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Rakyat Kelantan InsyaAllah sentiasa bersama Tuan Guru Nik Aziz.  Mereka sudah kenal siapakah Najib sebenarnya, pembawa berita panas apabila beredar dan meninggalkan bumi Cik Siti Wan Kembang maka tiada berita untuk  janji ditepati, janji hanya tinggal janji.


Sesungguhnya Najib adalah seorang Perdana Menteri menjadi harapan rakyat Kelantan bersama rakyat Malaysia keseluruhannya untuk ditumbangkan bersama parti Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Amin

No comments:

Post a Comment