Ada perbezaan antara Umno dan Pas berhubung pendirian masing-masing terhadap hudud. Isu ini timbul semula selepas debat antara
Fathul Bari dengan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dimana dalam debat
tersebut Nasarudin menyatakan Karpal Singh kini memahami dan menerima pendirian parti Pas
mengenai negara Islam tetapi kemudiannya segera
dinafikan Karpal.
Perkara hudud ini telah lama menjadi
perjuangan Pas, siapakah lagi yang boleh diharapkan di Malaysia untuk
menegakkan hukum Allah ini. Kita yang
tidak bersetuju dan mencemuh boleh mengakibatkan gugurnya pegangan akidah kita, kerana tidak yakin.
Walaupun parti Pas dicemuh oleh Umno dan sentiasa
mendapat tentangan dari DAP tetapi mereka (Pas) konsisten dan sentiasa menyatakan pendirian untuk menegakkan hukum Allah ini. Pas cukup faham, satu masa nanti rakan dalam
pakatan rakyat terutama DAP akan memahami apa dia kebaikan hudud sebenarnya.
Pas sedang berusaha keras memberi kefahaman kepada rakan-rakan seperjuangan mereka.
Berbeza dengan parti Umno, bila Adun
Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan supaya Johor melakasanakan hukum hudud dalam mesyuarat pertama penggal
persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12 pada 20 Jun lalu, ianya telah mendapat tentangan dari Presiden
MCA Datuk
Seri Dr Chua Soi Lek. Menurut Chua ADUN Umno Johor itu kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan
hudud di Johor meliputi bukan Islam. Chua menyatakan MCA
pastinya menentang usaha seperti itu.
Dengan disergah oleh Chua Soi Lek saja Umno terus mendiamkan diri, menikus. Maka tidak timbul lagi isu ini tersiar di dada
akhbar. Takut kerana isu hudud ini orang-orang Cina akan meninggalkan Barisan Nasional. Sebab itu antara Pas dan Umno
berbeza dalam soal hudud. Percayalah Allah
berpesan supaya laksanakanlah, yang lain pulangkan kepadanya. Allah Maha
Mengetahui.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa PKR, DAP dan Pas bergabung semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu sudah semestinya. Bila BN tumbang lain-lain perkara untuk dilaksanakan bertambah mudah.
No comments:
Post a Comment