Selepas menyarankan supaya rakyat mengundi syaitan (BN) yang
dikenali daripada pakatan rakyat (malaikat) yang tidak dikenali yang hanya
pandai berjanji, maka Tun Mahathir tanpa segan silu memberi pandangannya supaya
jangan cuba-cuba ubah pemerintah. Sama sahaja dengan apa yang diucapkan oleh perdana menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib meminta rakyat jangan tukar driver.
Setiap hari Mahathir bercakap. Ada saja isu yang dicakap. Gaya cakapnya ternampak beliaulah orang yang
paling bimbang sekiranya pakatan rakyat menawan Putrajaya dan Dato Seri Anwar
menjadi Perdana Menteri dan Najib pula menjadi ketua pembangkang. Mukhriz pula tiak diketahui di mana pula tempatnya.
Sebagai mantan perdana menteri Malaysia yang berkuasa selama
22 tahun (1981 hingga 2003) tidak mungkin Tun buta sejarah. Apakah yang telah berlaku kepada kerajaan
Amerika yang kerap kali bertukar pemerintah sekejap parti Democratic selepas itu Republican, begitu juga di United
Kingdom silih berganti antara Labor Party dan Conservative. Adakah rakyatnya memberontak dan mengalami huru-hara kerana
pertukaran pemerintah di negara-negara tersebut?. Begitu juga di Jepun pertukaran parti
pemerintah daripada Liberal Democratic Party Of Japan (LDP) yang memerintah Jepun selama 50 tahun jatuh dan digantikan dengan Democratic Party Of Japan (DPJ).
Berlakukah huru-hara di Jepun?.
Tun jangan cuba memutar-belitkan fakta. Jangan memperbodohkan rakyat Malaysia terutama
kaum muda yang sentiasa terkini dan bermaklumat. Kerajaan yang ada (BN) harus ditukar. Sebab BN sekarang telah dirasuk syaitan (Tun yang kata) yang
memang seharusnya ditolak. Adakah kita mahu bersekongkol dengan syaitan?. Agama lain juga mengakui kerja jahat adalah
kerja syaitan. Orang islam tentunya
tidak bertuhankan syaitan. Apa perlu berdamping dengan syaitan jika ianya membawa kemusnahan diri terutama aqidah.
No comments:
Post a Comment