IKLAN

Tuesday 21 August 2012

Mahathir Ajak Parti Pas Bersama Umno Laksana Hudud

Ping Blog
Tun Mahathir masih tidak dapat membebaskan minda beliau dari realiti. Lihat sahaja kenyataan-kenyataan beliau kebanyakannya seolah-olah beliau masih lagi seorang perdana menteri yang berkuasa mendahului Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib.

Terbaru kenyataan beliau meminta Pas meninggalkan pakatan rakyat dan bersama-sama Umno sekiranya mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.  Beliau yang merupakan orang yang menentang hukum hudud dan juga yang memberi surat amaran kepada kerajaan Kelantan sekiranya melaksanakan hukum hudud tiba-tiba membuat kenyataan yang sedikit pun  tidak disambut sebagai satu pujian tetapi sebagai pandangan sinis oleh Pas kerana menganggapnya apa yang diperkatakan oleh Mahathir adalah untuk mempersenda dan mempermainkan pihak Pas.


Parti Pas telah masak dengan setiap langkah Mahathir apablia bercakap umpama tunjuk lurus kelingking berkait. Hudud tidak ada dalam Quran dan perlaksanaanya tidak adil. Itulah yang diucapkan di hadapan mahasiswa di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012.  Selepas enam bulan tiba-tiba meminta Pas tinggalkan pakatan rakyat.


Orang seperti inikah yang mahu mengajak Pas meninggalkan pakatan rakyat dan bersama-sama Umno untuk laksanakan Hudud.  Telah kerap kali beliau menyentuh agama islam dan menghinanya.  Jika bukan Mahathir yang bercakap sudah tentu Jabatan Agama Islam akan mengambil tindakan yang pantas kerana menghina agama islam.  Tetapi tidak demikian.


Dalam Mahathir bercakap mengajak Pas bersama Umno melaksanakan Hudud, Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim  pula umpama mengertak kaum Cina  jika tidak mahu Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini  menjadi negera islam hendaklah kekal di bawah pemerintahan BN, undilah MCA atau BN.  Beranikah Mahathir menerima gertakan MCA?

No comments:

Post a Comment