Suruhanjaya DiRaja Pendatang Di Sabah
Tun Mahathir sentiasa sehat. Memandangkan beliau sehat, banyak
perkara yang beliau perkatakan dalam minggu ini. Beliau menyatakan Isu Suruhanjaya DiRaja (RCI)
berhubung dengan penyiasatan pendatang tanpa izin di Sabah tidak perlu, isu Malaysia
negara islam dan parti Umno saja boleh satukan orang Melayu.
Dari fakta sejarah menunjukkan kedatangan pendatang terutama
dari Filipina ke Sabah berterusan hingga
sekarang. Projek IC ini bermula apabila
parti Umno memasuki Sabah pada tahun 1990.
Projek ini juga dikenali sebagai ‘projek M’ dimana “M” bermaksud
Mahathir Mohamad (lihat Wikipedia). Mahathir
juga mengakui bahawa bahawa sebelum ini beliau juga pernah didakwa menjadi dalang memberikan
kerakyatan kepada pendatang asing. Projek IC ini bertujuan supaya memihak kepada kerajaan yang memerintah
dan juga parti politik tertentu berhubung dengan paten daftar pemilih.
Sungguhpun Mahathir mempunyai alasanya tetapi rakyat Sabah
mahukan juga Suruhanjaya ini melaksanakan tugasnya. Mereka berharap keputusan yang dibuat kelak
akan dapat menjelaskan lagi mengapakah perkara ini berlaku. Siapakah dalang sebenarnya. Memberikan kerakyatan
sewenang-wenangnya kepada pendatang asing menjadikan hak mereka yang sama taraf dengan rakyat
Sabah sebagai warganegara.
Ini bukannya politik. Rakyat Sabah merasakan kehidupan
mereka lebih sukar kerana kebanjiran rakyat asing yang mendapat status warganegara telah menyebabkan peluang
pekerjaan dan ekonomi mereka terganggu. Oleh itu Mahathir janganlah bimbang atau mengganggu
tugas Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib melaksanakan tugasnya.
Malaysia Adalah Negara Islam
Tun Mahathir mengulas berhubung dengan parti DAP. Mahathir menyatakan DAP tidak bersetuju dengan negara Islam dan Hukum
Hudud, tetapi beliau (Tun) telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam
dizaman pentadbirannya.
Mahathir Isytihar Malaysia negara Islam, tetapi untuk menegakkan hukum Allah beliau
menentangnya dan dikatakan pula hukum hudud adalah ala Pas. Jadi tidak
hairanlah bahawa Malaysia negara Islam ala Mahathir.
Hanya Parti Umno Boleh Menyatukan Orang Melayu
Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang
Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun juga menyatakan ketika beliau memimpin Umno, beliau
sanggup menerima pemimpin daripada parti serpihan yang mahu kembali kepada
Umno. Itu tidak dinafikan. Sebab itu
kita dapati ada pemimpin serpihan yang dulu membakar jambatan, pemimpin kitar semula,
pemimpin yang rasuah, salahguna kuasa, pemimpin penuh skandal masih berada dalam pentadbiran
BN sehingga sekarang.
Pakatan rakyat sedang bersunguh-sungguh berusha mengambil alih Putrajaya bagi mengubah politik Malaysia secara total dan mengwujudkan satu pentadbiran yang bersih, telus
dan dan adil.
Masyarakat Melayu tetap
akan bersatu demi agama Islam. Jangan bimbang tetapi tidak dengan Umno.
No comments:
Post a Comment