Dendam Tun Mahathir terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim tidak
pernah luntur. Berbagai tuduhan dan
tohmahan dibuat terhadap Anwar. Semasa
Anwar menyatakan hasratnya akan bersara jika pakatan rakyat tewas dalam
pilihan raya akan datang, Mahathir dengan sinin menyatakan
jika Anwar mahu bersara, bersara saja sekarang. Apa tujuan kata-kata beliau tersebut?. Beliau juga mencadangkan
supaya dibuat dua jawatan Perdana Menteri, beri satu kepada Anwar sebagai 'Honour Prime Minister' selama lima hari,
lepas itu Anwar boleh bersara. Sungguh hina perbuatan Mahathir.
Mahathir juga tidak sudah-sudah memperkatakan bahawa pemimpin
(Anwar) yang menubuhkan parti Keadilan (PKR) hanya bercita-cita untuk
menjadi seorang Perdana Menteri. “Tumbuhnya Keadilan bukan untuk keadilan
rakyat, sebaliknya ingin mencapai cita-cita seseorang sebagai Perdana Menteri". “Orang
Melayu berpecah disebabkan oleh orang tertentu yang bercita-cita ingin menjadi
seorang PM”.
Sebab itu Mahathir terpaksa menyokong Najib, ke hulu ke hilir menghadiri majlis jemputan khas dan menulis di blognya menghentam pakatan rakyat terutama Anwar Ibrahim. Beliau makin bimbang apabila parti Umno menjadi lemah dan ditinggalkan oleh orang-orang Melayu yang beredar mengubah haluan. Umno Lemah, akan membawa sama lemahnya Barisan Nasional.
Perjuangan Mahathir belum selesai. Anak-anaknya yang lain sudah nampak tempatnya masing-masing tetapi untuk Mukhriz sungguh membimbangkannya. Jika pakatan rakyat berkuasa maka tidak berpeluanglah memegang jawatan Menteri Besar Kedah sebagaimana yang disebut-sebut dan seterusnya ke tahap lebih tinggi jawatan iaitu perdana menteri. Oleh itu kebangkitan Anwar dan pakatan rakyat harus dihalang.
Semoga kita sama-sama dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Allah maha berkuasa dan maha mengetahui. Tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment