IKLAN

Thursday 9 August 2012

Sokong DAP Haram, Isu Perkauman Dan Agama

Ping Blog
Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan Barisan Nasional membiarkan isu-isu perkauman dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.  Bukan isu perkauman saja yang dicanangkan bahkan isu agama juga cuba diperbesarkan hampir saban hari.  Alahyarham Tengku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak telah begitu serius  mewujudkan perpaduan kaum selepas  peristiwa 13 Mei 1969.  Berbagai langkah diambil bagi mewujudkan kerharmonian kaum. Langkah ini telah menampakkan hasilnya dan peristiwa 13 Mei 1969 hampir dilupakan.

Akhir-akhir ini  iaitu selepas keputusan pilihan raya ke 12 (2008) dimana pakatan rakyat dapat menguasai 5 negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak (Selepas itu dirampas) di bawah Perdana Menteri 1Malaysia banyak sungguh isu perkauman  tanpa sekatan dimainkan oleh ngo-ngo pro-Umno. Tujuannya semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu sekiranya tidak mengundi atau menyokong kerajaan BN maka negara akan hancur, orang Melayu tidak terbela lagi, hanya Umno saja yang boleh menjaga kepentingan orang Melayu, Agama dan Raja.


Kerajaan Barisan Nasional akan melakukan apa saja untuk menghasut orang Melayu untuk membenci pakatan rakyat. Sekarang isu parti DAP dan isu kaum ditimbulkan semula. Ditariknya guru pondok membuat kenyataan bahawa menyokong parti DAP adalah haram kerana DAP menentang penubuhan negara islam dan menentang hukum hudud. 


Dijadikan berita penting di dada akhbar terutama Utusan Malaysia untuk mencanangkannya 24 jam supaya orang Melayu tidak menyokong DAP.  Sebenarnya langkah yang diambil adalah langkah yang silap.  Riak  ikan di air dapat diteka jantan betinanya.  Orang ramai dapat memahaminya tujuannya.  Tidak akan berubah tekad mereka tetap juga akan bersama dengan pakatan rakyat.


Saya setuju dengan kenyataan  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengapa DAP dikaitkan dengan menentang hudud sedangkan MCA dan juga Umno juga menentang hudud apa bezanya.  Najib sebagai perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud. Najib pernah berkata selagi beliau jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud, Tun Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud.


Tidak ada di negara didunia ini  yang mahukan negaranya porak peranda dan berlaku kekacauan kaum dengan kerajaan menggalakkan isu perkauman dimainkan demi survival politik untuk kekal berkuasa. Tun Razak yang bertungkus lumus untuk menjamin rakyat  berbagai kaum di negara ini hidup berharmoni dengan perpaduan, apabila sampai ke anaknya Najib perpaduan ini cuba dirobohkan. Malang sungguh.  DAP sudah cukup berubah dan boleh diterima oleh orang Melayu, parti ini dalam sejarahnya tidak pernah diharamkan tidak seperti parti Umno diisytiharkan oleh mahkamah  pertubuhan yang tidak sah.


Banyak cara lain untuk mengembalikan kepercayaan kepada rakyat. Bukan menabur BRIM (bantuan rakyat 1Malaysia), tetapi kesungguhan melaksanakan janji transformasi menangani gejala rasuah dan salahguna kuasa,  membuka ruang keadilan undang-undang dan bukan cara menghasut dan mengugut.  Zaman hasut dan ugut sudah berlalu. Berbeza amat berbeza.  Dulu jika pilihan raya diadakan nampak  gambar dacing saja  orang akan memangkahnya, sekarang orang takut untuk mengundi dacing yang sama. Takut dacing tidak boleh digunakan untuk sebarang pertimbangan.

No comments:

Post a Comment