Semasa saya menulis berhubung dengan kenyataan Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Puad Zakarshi mengenai perletakan jawatan Lajim Hj Ukin sebagai
Pengerusi BN, Beaufort dan Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu dan menyokong
pakatan rakyat kerana nasihat dan berkemungkinan di bayar oleh Dato Seri Anwar
Ibrahim (sila lihat: Mohd Puad Zakarshi Guna Peluru Kapor), saya telah dapat menduga bahawa Puad Zakarshi mungkin
disaman oleh Anwar.
Jika diteliti kenyataan Puad tersebut, jelas ia adalah berbentuk satu fitnah iaitu menuduh
Anwar sebagai orang yang menasihatkan Lajim melakukan tindakan sedemikian dan
menuduh Anwar berkemungkinan membayar Lajim wang untuk meletak jawatan dan menyokong pakatan rakyat.
Sebab itulah dalam blog saya, ada dinyatakan, adakah Puad
berpijak dibumi yang nyata, adakah Puad telah mempunyai sesuatu yang
menyebabkan kenyataan itu dibuat atau saja untuk menarik perhatian. Sebab itu artikal saya tersebut diletakkan tajuk “Mohd Puad Zakarshi Guna Peluru Kapor”.
Tiada sesiapa yang berani membuat kenyataan sedemikian malainkan Puad Zakarshi. Apa tujuan sebenar kenyataan beliau. Beliau sendiri yang tahu.
Tiada sesiapa yang berani membuat kenyataan sedemikian malainkan Puad Zakarshi. Apa tujuan sebenar kenyataan beliau. Beliau sendiri yang tahu.
No comments:
Post a Comment