IKLAN

Saturday 11 August 2012

Najib: Sabah Dengarlah Rayuanku

Blog Ping Tool
Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesa rakyat Sabah terus menyokong beliau dan kerajaan dalam usaha untuk membayar balik semangat muhibah Sabah selama ini.

Ini dikatakan peribahasa “sudah terantuk baru terngadah”. Sudah nak tenggelam baru nak minta nyawa.  Begitulah rayuan Najib kepada rakyat Sabah.  Beliau mengutip sejarah bagaimana  arwah bapanya Tun Razak  membawa Sabah masuk dalam Malaysia untuk faedah bersama. Beliau menyatakan beliau komited untuk membayar balik semangat muhibah yang telah dibawah oleh rakyat Sabah. Najib cuba untuk membawa aura ayahndanya,  sama seperti Mukhriz menggunakan nama bapanya Mahathir untuk promote dirinya.

Begitulah nada Najib kepada rakyat Sabah.  Baru beliau sedar bahawa umpan tidak selamanya boleh digunakan untuk mendapatkan laba yang besar. Baru sekarang nak bayar balik pengorbanan rakyat Sabah. Sejak tahun 1963 rakyat Sabah begitu juga Sarawak berada di dalam Malaysia.   Sabah yang kaya dengan hasil buminya terutama petroleum, gas dan balak tetapi taraf hidup rakyatnya tidak berubah dan dianggap negeri termiskin di Malaysia. Kemudahan asas, jalan raya, elektrik  dan air mendukacitakan. Sepatutnya pembangunan Sabah seiring dengan Kuala Lumpur tetapi nasibnya ditakuk lama.

Najib akan melawat Sabah esok.  Maka beliau menulis dalam blognya menyatakan Sabah akan diberi keutamaan dalam pembangunan Malaysia dan meminta rakyat Sabah menyokong beliau. Janji beliau akan meningkatkan kemudahan asas membina lebih banyak jalan raya, meningkatkan bekalan elektrik dan memudahkan pengembangan MASwings daripada syarikat penerbangan khidmat masyarakat kepada sebuah syarikat penerbangan serantau bagi Sabah dan Sarawak.  Janji dan berjanji.  Dulu pun berjanji juga tatapi tidak ditepati.

Najib kini dalam berhadapan dengan kebimbangan lebih-lebih lagi pergolakan politik negeri Sabah diakhir-akhir ini. Beberapa orang pemimpin BN Sabah  telah meninggalkan BN dan ada beberapa orang lagi akan berbuat demikian. Sabah yang dikatakan  fixed deposit bagi Umno BN tidak akan berlaku lagi.  Rakyat Sabah sudah banyak belajar dan kini mereka benar-benar mahukan  perubahan.

Disamping pemergian ke Sabah untuk mengumumkan terma rujukan bagi Suruhanjaya Siasatan DiRaja terhadap isu pendatang haram di sana, beliau juga akan bertemu dengan pemimpin BN Sabah. 


Kesian Najib, tulisan di blognya sesungguhnya menikam kalbu.  Biasalah berjanji tidak perlu berlari hanya kamitkan bibir atas dan bawah saja untuk diucapkan.  Tunggu.

1 comment:

  1. Rindu pada Api-Api Centre dan pasar Pilipina di KK.

    ReplyDelete