IKLAN

Thursday 16 August 2012

Umno Sedang Gantung Diri

Ping Blog
Umno sedang nekad  meletakkan tali di leher sendiri  untuk dijerut apabila menimbulkan  berbagai isu yang tidak langsung membawa 'political mileage'  bagi mereka, sebaliknya umpama ikan pari melibas ekor kepada badan sendiri. Isu yang paling  ketara ialah pada 8 Ogos 2012 melibatkan guru pondok Abdulah Saamah yang mengeluarkan  fatwa bahawa menyokong DAP adalah haram kerana DAP menentang hukum hudud dan negara islam.


Fatwa inilah yang  diputar dan diputar oleh akhbar penjilat hampir 24 jam tanpa henti dengan tujuan untuk mempengaruhi orang Melayu Islam supaya tidak menyokong DAP dan seterusnya kepada pakatan rakyat.  Tidak sampai pun seminggu isu ini dimainkan tiba-tiba guru pondok Abdullah Saamah yang ditarik oleh Umno mengeluarkan fatwa tersebut telah dianugerahkan sumbangan wang RM2 juta.  Maka diadakan majlis penyerahan  mock cheque oleh Dato Sri Mustapa Mohamed kepada guru pondok tersebut.


Cuba nilaikan sendiri.  Sebab itu dari awal saya sebutkan Umno akan menjerut diri sendiri dan bukan sesiapa yang menjerutnya.  Begitu rendah pemikiran puak-puak ini untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu dengan menjual agama  mereka.  Cuba lihat raut muka Mustapha dan orang-orang dikelilingnya amat berbangga ketika menyampaikan cheque tersebut.



Umno akan buat apa saja untuk menarik orang Melayu menyokong parti tersebut.  Nampaknya dengan Umno cukup senang untuk mendapatkan wang  asalkan boleh jadi modal untuk memburukkan pembangkang silakan.  Cuba fikirkan fatwa-fatwa lain yang boleh dijadikan isu.  Hendak juga kita dengar mungkin sehari dua ini giliran Ayah Pin pula akan mucul berfatwa bagi pihak Umno.  Maka dapatlah imbuhan untuk menghidupkan kerajaan langit.

No comments:

Post a Comment