IKLAN

Sunday 26 August 2012

Najib: Jangan Buat Perubahan Tukar Kerajaan

Ping Blog
Ketika di majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak , di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, semalam 26 Ogos 2012,  Najib dalam ucapannya meminta rakyat jangan sesuka hati membuat perubahan.

Pada awal tahun ini Najib pernah menyatakan dengan simbolik supaya jangan cuba-cuba menukar pemandu. Sebab pemandu yang baru belum tentu akan membawa penumpang dengan selamat. Mengapakah penumpang tidak boleh tukar pemandu jika mereka tahu keselamatan mereka tidak terjamin untuk sampai ke destinasi mereka bersama pemandu yang tidak diyakini.  Jabatan Pengangkutan Jalan sendiri mahukan penumpang Ekspress Malaysia Selamat. Baru-baru ini menjelang perayaan Aidilfitri diadakan operasi terhadap pemandu bas dan didapati kebanyakan pemandu bas dalam keadaan positif dadah. Bolehkah diharapkan pemandu seperti ini.  Begitu juga Najib, bolehkah rakyat bergantung harap untuk memandu untuk satu tempoh masa lagi?. Nampaknya tidak.

Semalam di majlis Aidilfitri di Pekan beliau mengingatkan rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran, tidak semua perubahan membawa sesuatu yang baik.  Rakyat sebenarny sudah memikirkan bahawa perubahan harus dibuat.  Kerana pemerintahan BN sudah terlalu lama iaitu selama 55 tahun. Seorang daripada perdana menterinya, Mahathir  memegang kuasa selama 22 tahun, berbagai kemungkaran politik, ekonomi, sosial telah dilakukan.  Orang yang  mengambil alih begitu juga sama amalannya daripada Islam Hadari ke Islam Wassatiyah semuanya memakai topeng yang berbeza tetapi mengamalkan kemungkaran  yang sama.  

Rakyat sudah celik, mereka sudah dapat menilaikan ‘transformasi’ yang dibawa oleh Najib adalah transformasi ‘flip-flop’ yang hasilnya tidak nampak untuk dibuat penilaian. Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan hanya slogan untuk 1Malaysia bukan untuk rakyat Malaysia. Semua kesusahan akan didahulukan kepada rakyat, kenaikan harga barangan keperluan yang melampau semuanya akan didahulukan kepada rakyat, ini dikatakan pencapaian diutamakan.

Najib menyatakan kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang.  Ini samalah dengan kata-kata  Tun Mahathir, adalah lebih baik memilih ‘syaitan yang kita kenali’ daripada memilih pembangkang yang hanya berjanji.  Rakyat  sudah faham maka itu mereka ingin membuat perubahan.

Najib meminta jangan terpengaruh dengan janji pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008. Kita juga mahu jawapan Najib selama 55 tahun BN memerintah, adakah semua janji telah ditepati.  Orang Pekan tempat Najib sendiri mengakui mereka juga masih belum mendapat sistem air bersih.  Sudahkah janji ditepati?. Pembangkang baru 4 tahun  berkuasa,  bolehkah semua janji ditepati?. Najib tidak dapat membezakan antara 55 tahun dan 4 tahun.

Dalam Najib meminta rakyat jangan sesuka hati membuat perubahan, apa yang dicakapnya terkena ke batang hidungnya sendiri. Kata Najib  “Tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat”.  Faham pun Najib.  Sedangkan kerajaan yang ada tidak dapat diharapkan, apa perlu ditunggu.  Ianya harus ditukar dan di ubah.  Rakyat harus bertukar dari yang buruk kepada yang lebih baik.  Kerajaan sekarang sudah lama, nampak sangat buruknya sejak era Mahathir.  Di masa Najib bertambah-tambah buruk lagi.  Rakyat bersyukur kepada Allah SWT dan beterima kasih kepada BN kerana memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), walaupun pemberian itu dalam tempoh 55 tahun baru merasa sekali. Itu pun siapakah berwasiat kepada Najib supaya memberi BRIM.  Teringat dalam satu filem Madu Tiga  arahan Alahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee      “ Baik …   baik ada makna”.

Kekalutan dan  kebimbangan Najib kini amat jelas.  Inilah mesej terakhir diulang-ulang yang diluahkan oleh Najib kepada rakyat di setiap majlis yang beliau hadir. Kebimbangan beliau dan Mahathir sama naik gerafnya silih berganti. 


Di hari raya Aidilfitri semasa kunjung mengunjung banyak suara-suara yang mahukan perubahan didengar samada dari orang yang berkunjung atau yang menerima kunjungan. Dulu ada  orang yang keras hatinya ”hidupku matiku kerana Umno” sudah lembut nadanya dan sudah mula mengutuk pemimpin Umno BN. Yang tinggal macam tugu tak mahu berubah ialah orang-orang yang mendapat hidayah daripada Umno, yang mendapat kontrak dan biasa senang mendapat wang RM500/ dan RM1000/ upah memancang bendera Umno BN lima tahu sekali.  Maruah diri digadai.

Maka biarlah Najib berbuih bibirnya mengingatkan  dan meminta rakyat supaya jangan berubah, sebenarnya Najib membuang masa dan air liur sahaja.

No comments:

Post a Comment