Anak muda ini tidak rasa jemu dan penat dengan kerjanya menjolok
tebuan. Dari satu pokok ke satu pokok dijoloknya sarang tebuan. Isu-isu Nasional Feedlot Corporation (NFC), PTPTN,
Cukai terhadap kereta dan AP dan LRT Ampang semua dijoloknya.
Anak muda bernama Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR ini telah
berjanji akan menghebahkan penyelewengan-penyelewengan pemimpin dan parti Barisan
Nasional.
Selepas penat menjolok sarang tebuan, Rafizi meletak jawatan
dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Heboh di dada akhbar penjilat dan media
elektronik menyiarkan ulasan Muhyiddin, Najib dan pemimpin pembangkang Selangor bahawa anak
muda ini meletak jawatan kerana berkrisis dengan pimpinan PKR. Lepas dua tiga
hari kemudiannya Rafizi mengadakan kenyataan akhbar bahawa perletakan jawatan
beliau untuk menumpukan kepada keluarga dan juga tekad beliau untuk usaha menjatuhkan
kerajaan Barisan Nasional dengan menghebahkan segala penyelewengan BN secara bersiri. Terperanjat dan terkejut beruk puak-puak Umno.
Walaupun Najib menafikannya, dari rekod yang ada menunjukkan syarikat George Kent tidak dicadangkan untuk dipertimbangkan untuk dipilih, sebaliknya syarikat lain yang berjaya dalam tender tersebut. Dengan hanya berwahyu maka syarikat George Kent telah diangkat. Semalam secara rasminya mengesahkan bahawa Syarikat Prasarana Negara Bhd mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV). Penganugerahan tersebut bersempena dengan tangkapan dan pertuduhan terhadap Rafizi.
Sungguhpun Rafizi dituduh di bawah Akta BAFIA yang bersabit
dengan NFC, tetapi orang ramai dapat merumuskan bahawa ianya bau-bau bacang dengan LRT Ampang. Ini adalah sebagai satu amaran
supaya anak muda ini diam dan tidak meniup whistle juga menjolok sarang tebuan lagi. Sekarang kerajaan Barisan Nasional juga sedang menjolok tebuan.
No comments:
Post a Comment