Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim lah ‘bapa segala katak’ kerana dulu
dia dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) masuk UMNO dan lompat parti ke
PKR (Parti Keadilan Rakyat). Nazri
mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa terdapat beberapa lagi
pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah akan keluar dai BN menyertai
pembangkang.
Anwar tidak pernah
melompat parti. Pada Julai 1981 Dr Mahathir telah dilantik sebagai Perdana
Menteri menggantikan Tun Hussin Onn.
Ketika itu berlaku perebutan antara Umno dan Parti Pas untuk mendapatkan
Anwar menjadi ahli perti masing-masing.
Pas ketika itu diterajui oleh Allayarham Datuk Asri sedia berkorban
jawatannya Yang diPertua Pas untuk diberi laluan kepada Anwar.
Akhirnya dengan kerja keras Dr Mahathir pada Mac 1982, Anwar terjun
dalam politik menyertai Umno. Beliau telah bertanding dan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tikit Umno.
Di manakah yang dikatakan oleh Nazri bahawa Anwar melompat
parti dan memberi gelaran sebagai ‘King Of Frog’. Kalau peristiwa seperti ini
pun tidak dapat dilihat, Tak tahulah. Mungkin kenyatan yang dibuat beliau tersebut tanpa berfikir. Kita juga ingin bertanya adakah Nazri bakal dicalunkan sebagai calun boleh menang atau
winnable candidate untuk BN dalam pilihan raya ke-13 kelak?.
No comments:
Post a Comment