IKLAN

Saturday 4 August 2012

Royalti Minyak Kelantan

Blog Ping Tool
Kita tak pasti dimanakah bayang-bayang YM Tengku Razaleigh Hamzah jatuh lebih-lebih lagi kini cuaca amat berjerubu.  Tiba-tiba saja Tengku Razaleigh bersuara supaya isu royalti minyak Kelantan hendaklah diselesaikan sebelum pilihan raya ke-13.  Beliau berkata demikian sebagai pandangan beliau kepada pemimpin-pemimpin Umno jika mahu mengambil alih Kelantan.


Kelantan telah ditadbir oleh Pas sejak tahun 1990.  Telah beberapa kali pilihan raya, BN masih gagal untuk mengambil alih pentadbiran Kelantan. Kenyataan Tengku Razaleigh tersebut disambut pula oleh Dato Sri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.  Mustapha dilaporkan berkata Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak yang kini menjadi modal kempen pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pembangkang kena bercakap kerana perkara royalti minyak ini telah dinafikan secara kejam bertahun-tahun oleh BN.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan penganjur Konvoi Royalti yang diketuai oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz, yang menjelajah negeri sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas. Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang. Berapa lama yang perlu ditunggu. Nasib dan kesejahteraan rakyat Kelantan harus diutamakan oleh kerajaan negeri, bukan untuk dipolitikkan.



Tengku Razaleigh sangat menyokong Kelantan menuntut royalti minyak tersebut.  Beliau dilihat seperti memihak kepada pembangkang.  Beliau sendiri menafikan perkara ini, yang hak tetap menjadi haknya.  Bagaimanapun dua orang yang boleh dianggap penentang kuat kepada usaha ini ialah Mustapa Mohamad dan Awang Adek Hussin.   Kerana untuk menegakkan politik masing-masing sehingga sanggup menggadaikan kepentingan rakyat Kelantan.



Nik Aziz telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat dari Perdana Menteri meminta dihantar wakil untuk membincangkan royalty minyak  untuk Kelantan.  Beliau bersyukur mungkin doa rakyat Kelantan dan juga dari ulama seramai 40 orang yang bermunajat di depan Kaabah dimakbulkan Allah.

Orang ramai tidak pun terperanjat tiba-tiba Najib terbuka hati untuk berbincang isu royalti untuk Kelantan ini. Sebenarnya kapal BN hampir ke penghujung untuk karam. Mengapa nak panggil untuk berbincang, sudah ada format dan peruntukan berikan saja hak Kelantan tersebut.  


Kemudian timbul pula idea untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Kita tunggu dan lihat adakah  Janji Ditepati atau janji tinggal janji.  Apa yang kita dapat lihat sampai bila-bila pun Kelantan tidak akan merasai royalti minyak kecuali pakatan rakyat mentadbir Putrajaya. Tunggu.

No comments:

Post a Comment