Menyokong DAP adalah Haram
Alamak, ulamak pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dalam akhbar
Utusan Malaysia hari ini mendakwa hukum menyokong parti DAP adalah
haram. Katanya DAP secara terang-terangan menentang
penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Tetapi bagi MCA yang kerap menentang hukum hudud
disifatkan Abdullah bukan kafir harbi kerana MCA tidak membawa kemudaratan
kepada kedudukan Islam dan umatnya.
Hairan juga kita tiba-tiba suara guru pondok ini timbul. Mungkin kerana doa Najib semasa membuat lawatan
ke Bachok baru-baru ini. Sebenarnya orang faham
apa tujuan berita ini diperbesarkan, ini kerana pengaruh DAP amat membimbangkan
Barisan Nasional. Hampir kebanyakan
bangsa Cina dan orang Melayu tetap menyokong DAP dalam pakatan rakyat
bersama-sama PKR dan Pas.
Mustapha Mohamad Hero
Kini banyak sepanduk-sepanduk
memuji Datuk Seri Mustapha Mohamad (Tok Pa) “Isu Tuntutan Royalti Terima Kasih
PM, Tok Pa”.
“Tahniah Tok Pa kerana berjaya merundingkan isu Bayaran Tunai Petroleum
untuk rakyat Kelantan”. Itulah antara
ucapan terima kasih dan tahniah dalam bentuk sepanduk dilekatkan di mana-mana
kesempatan. Lembu punya susu, sapi punya
nama. Hantamlah belalang.
No comments:
Post a Comment