Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri mengesa rakyat Kedah supaya mengembalikan pentadbiran
BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Jangan memalukan bapanya buat kali kedua
kerana kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu (2008) satu tamparan hebat kepada
Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.
Beliau awal-awal lagi memberitahu rakyat Kedah jangan beri malu
kepada bapanya, Mahathir. Jangan beri kekalahan
lagi kepada BN Kedah kerana Mahathir adalah anak Kedah. Sepatutnya Mukhriz tidak perlu menyebut nama
bapanya, katakan saja Kedah harus diambil semula dari Pas. Nampak sangat beliau meminta pilih dirinya dengan membawa bersama nama Tun Mahathir.
Berita mengatakan bahawa berkemungkinan Mukhriz adalah
calon untuk Menteri Besar Kedah jika BN menang semakin hangat, bahkan ada ‘survey’ yang
dijalankan memihak kepada Mukhriz untuk jawatan tersebut. Tun Mahathir
sendiri dalam satu kenyataannya telah berjanji bahawa beliau akan menyokong anaknya
Mukhriz.
Mukhriz tidak faham apakah sebenar maksud larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kedah mengeluarkan arahan melarang orang Islam
daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama
Islam dibenarkan. Macam mana nak jadi MB ni?
No comments:
Post a Comment