Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, beliau akan
terus setia bersama parti itu jika ia masih dipimpin oleh ulama dan bersih
daripada golongan parasit yang merosakkan parti. Beliau juga akan memberi sokongan
jika Pas menjunjung perjuangan asalnya iaitu menegakkan negara Islam dan
melaksanakan hudud tanpa perlu bersifat 'akur' dengan DAP dan Parti Keadilan
Rakyat (PKR).
Selepas keluar dari Pas Hassan Ali telah bergerak di pentas Umno dengan
mencemuh semahunya terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali serta Parti Pas. Berbagai fitnah di lemparkan terhadap Azmin
Ali dan Anwar Ibrahim yang dilibatkan sama Samsidar (isteri Azmin). Jika ada masa pergilah menjenguk-jenguk
ceramah yang diadakan oleh Hassan Ali, topiknya tentu Anwar, Azmin, liwat,
kongsi isteri dan berbagai fitnah yang beliau syuk sendiri sambil mengumpul dosa.
Satu yang harus dipuji terhadap Hassan Ali beliau menyokong perlaksanaan
Hudud yang hendak dibawa oleh Pas, tetapi yang menyedihkan ialah beliau duduk ditempat yang salah,
bercampur dengan orang-orang yang mencemuh hudud iaitu sama saja mencemuh hukum
Allah. Hassan marahkan Pas akur dengan
DAP dan PKR, dari segi manakah Pas akur?.
Kerap Hassan memperkatakan bahawa Pas telah dipengaruhi oleh parasit
dalam parti dan meminta diambil tindakan terhadap gulungan parasit tersebut. Rupa-rupanya kepimpinan Pas sendiri sedar
siapakah parasit tersebut dan tindakan juga diambil mengnyahkan parasit
tersebut dari Pas.
No comments:
Post a Comment