Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib dalam satu kenyataannya selepas mesyuarat Parti Barisan Nasional (29 Jun) mengatakan tuduhan pembangkang bahawa beliau berteka-teki untuk menetapkan tarikh pilihan raya ke-13 kerana tidak yakin. Beliau kena menghormati mandat 5 tahun yang diberikan rakyat. Sekarang ini sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat, ini terbukti melalui sambutan diberi orang ramai dalam setiap program mahupun lawatan.
Sekiranya Najib atau Muhyiddin tidak perasaan atau mengetahui apa yang disediakan oleh AJK majlis, ini bermakna mereka telah ditipu hidup-hidup, kerana majlis kelihatan meriah dan ramai yang hadir. Kalau saja-saja memanggil untuk meramaikan majlis Umno jangan harap mendapat sambutan kalau tidak diberi bekal. Siapakah yang mahu tinggalkan menoreh, bersihkan ladang, menurunkan kelapa sawit kalau hanya untuk melihat muka pemimpin. Hendak tengok muka pemimpin hari-hari ada dalam TV, buang masa.
Apa yang dikatakan oleh pakatan rakyat bahawa Najib tidak yakin untuk memanggil pilihan raya adalah benar. Apabila hampir untuk mengumumkan pembubaran parlimen datang pula bala ke satu bala menimpa dirinya, hal isteri, anak, bakal menantu dan pentadbirannya. Ditangguh lagi dan ditolak ke depan hinggalah ke akhir mandat.
Untuk Najib, ambilah masa yang sesuai dan bertenanglah membuat keputusan, Jangan gabra. Pembangkang kerjanya memanglah untuk membangkang sebab nasibnya adalah sebagai pembangkang. Jika mahu merasakan tugas membangkang lepas pilihan raya ke-13 ini jadilah pembangkang.