Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mencadangkan kepada kabinet semalam supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan
Rakyat 1Malaysia untuk rakyat.
Nampak
jelas apa yang telah ditaburkan kepada rakyat melalui BR1M tidak dapat menarik rakyat menyokong
Barisan Nasional.
Kerajaan memang perihatin terhadap rakyat sebagaimana
slogan Rakyat Didahulukan. Rakyat juga
berterima kasih kepada kerajaan yang menghulurkan bantuan buat kali kedua dalam
tempoh tidak sampai pun satu tahun datang lagi durian runtuh. Walau bagaimanapun kerajaan BN harus ingat, rakyat tidak
semudah itu untuk dibeli dengan wang ringgit.
Rakyat cukup faham angka yang disapu oleh pemimpin BN dan kroni adalah melebih
daripada apa yang mereka terima. Janganlah
menganggap rakyat begitu murah harganya semurah RM500. Sudah terantuk baru hendak tengadah.
Sungguhpun begitu jika cadangan Muhyiddin tersebut diterima
oleh Perdana Menteri, bila agaknya pemberian tersebut akan dibuat?. Kalau selepas pilihan raya, lupakan sahaja
hasrat tersebut. Ini kerana pada masa itu kerajaan berkebajikan akan mengambil
alih, sudah tentu lebih baik lagi dari BRIM. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment