IKLAN

Saturday 2 June 2012

Azmin Ali Pula Diganggu Oleh Budak Upahan

Blog Ping Tool
Dalam masa tidak sampai 24 jam  telah dua kali kediaman Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Bukit Antara Bangsa diganggu oleh anggota UMNO Ampang. Pada kali pertama kira-kira 20 orang penunggang bermotosikal berlegar-legar dengan menekan-nekan minyak membuat bising di hadapan rumah Azmin setelah mereka mengekori Azmi  pulang ke rumah selepas pelancaran bilik operasi PKR di Setiawangsa pada malam 1 June 2012 kira-kira jam 10 malam.

Pada 2 Jun jam kira-kira 4 petang sekali lagi rumah Azmin menjadi sasaran protes dimana kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan rumahnya sambil membawa plakad dan melaongkan  kata-kata “PKR penipu”  dan “Azmin Rasuah”.


Inilah budaya yang diamal dan diterapkan oleh Umno kepada anak-anak muda upahan untuk menggangu kehidupan ahli politik pembangkang serta majlis-majlis parti pakatan rakyat. Belum pun reda peristiwa berdarah terhadap balingan batu terhadap  seorang warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan di ceramah pakatan rakyat di Apartment Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 24 Mei  maka kini timbul pula gangguan ‘privicy’ kepada Azmin Ali.


Budak-budak upahan Umno ini sebenarnya tidak tahu apakah tujuan perbuatan mereka.  Mereka hanya menerima arahan dan upah sahaja.  Implikasi dari perbuatan tersebut tidak mereka kaji.  Asalkan ada duit minyak motor dan duit basah tekak “ditanggung beres”. Kasihan.


Gangguan seperti ini  banyak pihak menganggapnya adalah baik untuk pakatan dan membawa keburukan kepada Umno BN. Mengapa tidak?.  Gangguan-gangguan ini merupakah penyumbang kepada kebencian terhadap Umno BN dan menambahkan simpati dan sokongan kepada parti pakatan rakyat.  Sebab itulah media pro-pakatan (blogger dan akhbar parti ) akan melaporkan kejadian sebenar gangguan terhadap pakatan rakyat. Bukan berita dipalsukan.


Lihat apa yang telah dilakukan terhadap Ambiga Pengerusi Bersih 3.0.  Jual buger daging lembu, senaman punggung, jualan tapak pasar malam oleh Jamal restoran ikan bakar sekincahan di hadapan rumah Ambiga.  Simpati terhadap Ambiga dan sokongan kepada  parti pakatan rakyat terus bertambah. Apa yang tidak dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari Liwat 1 sambung Liwat II, mata lebam dan berbagai fitnah yang bertujuan menanam kebencian dan menamatkan  karier politik Anwar.Tidak menjadi.



Umno BN tidak akan belajar, semakin pembangkang diganggu, makin padu sokongan diperolehi. Lihat sahaja perhimpunan yang dilakukan oleh Pas Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar yang dihadiri lebih 100,000 orang (kalau Rais Yatim angkanya kira 10 ribu orang). Itu menandakan sokongan bertambah. Umno sekarang umpama meniti di dahan yang rapuh di bawahnya tersedia menunggu pasir jerlus (quicksand) jika terjatuh tidak akan timbul-timbul lagi.

No comments:

Post a Comment