IKLAN

Thursday 14 June 2012

Muhyiddin: Kiraan 105 Kerusi Bakal Dimenangi Pembangkang Hanya 'Perang Psikologi'

Blog Pinger Free
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap  apa yang digembar-gemburkan oleh Pakatan Rakyat setakat ini  pengiraan 105 kerusi bakal dimenangi mereka adalah merupakan satu 'perang psikologi' semata-mata.  Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pembangkang memerlukan 6 kerusi lagi untuk kemenangan mudah pakatan rakyat. Muhyiddin menyatakan lagi,   jika mereka (pembangkang) boleh buat survey, BN juga boleh buat survey.

Terpancar kegusaran Muhyiddin berhubung dengan perkara ini. Sehingga menganggap kenyataan Rafizi sebagai satu perang psikologi. Adakah Muhyiddin tidak faham bermain politik, politik semestinya bersekali dengan 'perang psikologi'. Walau bagaimanapun apa yang dinyatakan oleh  Rafizi tersebut adalah dari kajian beliau dan pakatan rakyat berdasarkan mutahir sokongan rakyat yang semakin hari semakin beralih bayangnya ke Pakatan  Rakyat.

Muhyiddin sendiri mengakui bahawa  Umno BN sedang berhadapan dengan menguruskan persepsi.  Lihat sahaja isu-isu yang sedang dihadapi oleh Umno BN bertimpa-timpa semakin lama hari menunggu pilihan raya semakin banyak balak menimpa BN.  Isu-isu tersebut semuanya dilakukan oleh Umno BN sendiri, bukan kerana dijaja oleh parti pakatan rakyat.

Sehingga kini Rafizi meramalkan setakat 105 kerusi yang bakal dimenangi oleh parti Pakatan Rakyat dan memerlukan 6 kerusi lagi bagi mengalahkan BN dengan majoriti mudah. Semasa pilihan raya 2008,  saya juga pernah meramalkan dengan  (tidak sama dengan ramalan Tun Daim) menyatakan kepada kawan-kawan di tempat kerja bahawa Pakatan Rakyat mungkin memenangi sejumlah 80’ ke 85 kerusi. Rupa-rupanya ramalan saya  itu menjadi kenyataan. Pakatan Rakyat  memenangi 82 kerusi parlimen.

Semua orang berhak untuk membuat ramalan parti mana yang akan memenangi dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang.  Saya juga berhak membuat ramalan, pada saya Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya ke-13 mengalahkan Umno BN dengan pertambahan 53 kerusi (kiralah sendiri berapa PR menang).  Angka yang saya berikan ini bukan ‘perang psikologi' sebagaimana yang dimaksudkan oleh Muhyiddin.  Ini pandangan peribadi berdasarkan kepada senario semasa.  


Dalam menunggu parlimen dibubarkan untuk pilihan raya, bertambah parah Umno BN.  Lepas ini apa lagi isu yang bakal menimpa Umno BN. Kemenangan PR pasti datang. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment