IKLAN

Tuesday 19 June 2012

Biarkan Mereka Melakukan Haji Percayalah Kepada Qada Dan Qadar Allah

Ping Blog
Terpanggil untuk mengulas isu penangguhan mengerjakan Haji sekiranya pilihan raya diadakan di musim haji yang akan datang. Apa yang mahu diperkatakan sekiranya Najib mengumumkan pembubaran Parlimen dan pilihan raya dijadulakan pada musim Haji maka yang harus dilakukan ialah menerima sahaja apa yang telah diputuskan oleh orang yang berkuasa di Malaysia ini.


Pihak pakatan rakyat terutama PAS usah mempertikaikan samada pilihan raya dibuat dalam bulan puasa, musim haji atau tahun depan.  Apa yang penting ialah mengaturkan jentera pilihanraya pelapis parti untuk bekerja lebih keras dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang.
 

Hentikanlah muaduk ini seberapa segera dan biarlah mereka yang ingin mengerjakan haji pergi dengan tenang. Jika kita menahan mereka pergi mengerjakan haji sekiranya ajal memangil mereka, kita juga yang akan menanggung  dosa. 


Sama sahaja bilangannya samada penyokong parti pakatan rakyat atau Umno BN yang bakal mengerjakan haji. Mungkin juga orang yang mengerjakan haji tersebut lebih ramai orang Umno (mungkin kerana kesedaran dan seru sudah sampai).


Dalam keadaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bercelaru disuruh bersih tidak dibersihkan, tiada beza samada musim haji atau tidak, apa-apa kemungkinan boleh berlaku terhadap keputusan-keputusan pilihan raya nanti. 


Lupakanlah cadangan untuk meminta penyokong atau jentera pilihanraya Pas untuk tidak mengerjakan haji pada musim akan datang (September/Oktober 2012).  Percayalah kepada Qada dan Qadar Allah SWT disamping berusaha mengawasi kemungkaran-kemungkaran yang berlaku semasa pilihan raya.  Kalau Najib orang yang paling berkuasa di bumi Malaysia, jangan lupa kuasa Allah tidak tercabar oleh manusia, Allah berkuasa semesta alam. AllahuAkbar.

No comments:

Post a Comment