Perbicaraan Scorpene bukan serius. Itulah kenyataan Menteri Luar Negeri, Datuk
Seri Anifah Aman. "Ini bukan perkara serius yang kita perlu ikuti dan ia hanya diuar-uarkan
pihak tertentu".
Di manakah hendak disembunyikan muka. Berita mengenai Scorpene ini telah menjadi tajuk akhbar beberapa buah negara seperti Thailand, HongKong, Vietnam, Malta dan banyak lagi.
Di manakah hendak disembunyikan muka. Berita mengenai Scorpene ini telah menjadi tajuk akhbar beberapa buah negara seperti Thailand, HongKong, Vietnam, Malta dan banyak lagi.
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN. Ini berdasarkan faksmili menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.
Janganlah kerana mahu menjaga diri untuk termasuk dalam senarai calon boleh menang, maka kenyataan seperti ini timbul. Mana mungkin isu kapal selam Scorpene ini isu yang tidak serius. Terang-terangan disamping terdapat perlakuan rasuah, juga dikatakan pembunuhan jurubahasa Altantuya juga ada kaitan dengan urusan Scorpene. Allah maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment