Mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu Majlis Bicara Bersama
Negarawan bertajuk 'Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara', di Auditorium
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyentuh lagi berhubung dengan ‘Arab
Spring” yang menurutnya tidak seharusnya berlaku di Malaysia berbanding negara
Timur Tengah.
Telah beberapa kali perkataan ini dicetuskan oleh Mahathir. Nampak sangat kebimbangan di dalam dirinya. Lebih-lebih lagi gara-gara Khairy Jamaluddin dalam surat terbukanya kepada Mahathir mencadangkan satu Tribunal dibentuk menyiasat salahlaku semasa pemerintahan Mahathir.

Perhimpunan Dataran Tahrir (Mesir)
Tidak langsung dalam agenda pihak pembangkang untuk melakukan Arab Spring. Mereka memang mahu jatuhkan kerajaan BN tetapi dengan peti undi. Pembangkang tidak sabar-sabar menanti hari penentu rakyat iaitu pilihan raya apabila parlimen dibubarkan. Inilah peluang yang sentiasa ditunggu oleh pihak pembangkang.
Mahathir
sedang dikejar bayang-bayangnya sendiri.
Untuk menyedapkan hati supaya boleh tidur lena berbagai andaian
direka. Tidur tetap tidak lena. Tiba-tiba terpancut dari mulut sendiri ‘saya
tidak takut pembangkang mengambil alih Putrajaya, yang saya takut ialah
pertuduhan palsu”. Dari kenyataan ini
jelas terbayang ketakutan beliau tersebut.
Terlalu
banyak yang difikirkan oleh Mahathir. Didoakan beliau panjang umur supaya dapat
melihat tayangan semula apa yang pernah dilakukan terhadap Malaysia, kebaikan,
keburukan dan kemungkaran. Amin
No comments:
Post a Comment