IKLAN

Wednesday 20 June 2012

Berehat Sebentar Potong Kayu

Free blog ping
Selepas berbicara banyak topik beberapa minggu, kita tenangkan minda dengan mendengar sebuah lagu lama nyanyian Wahid Satay dalam filem Jula Juli Bintang 7 terbitan Cathay Keris Production.  Sungguhpun lagu ini lagu jenaka, senikatanya seolah-olah menyindir kumpulan tertentu yang macam kayu yang layak dijadikan kayu api.


Kayu wahai kayu-kayu
Engkau sudah layu
Sudah botak tidak berdaun
Bertahun-tahun

Kayu wahai kayu mati
Baik  jadi kayu api
Boleh buat masak nasi
Emm em em

Saya potong kayu
Saya potong satu-satu
Ikat sama rotan
Boleh jual dalam pekan

Nanti dapat duit
Beli beras dalam sumpit
Makan kenyang-kenyang
Perut buncit hati senang

Kalau sudah makan  otak terang sihat badan
Esok cari lagi Ranting kayu kayu mati

Kayu macam macam kayu
Ada kayu jati
Kayu hidup kayu mati
Ada anak kayu, bapak kayu anak kayu
Ada ikan kayu, kuda kayu mata kayu

Tapi ada satu kayu
Batang kurus macam aku
Dulu makan candu
Kena sumpah jadi kayu
Daun tinggal satu dimakan ulat bulu







     







No comments:

Post a Comment