IKLAN

Wednesday 20 June 2012

Muhyiddin: Sambutan Gelombang Biru Tanda Rakyat Undi BN Di Taiping

Free blog ping
Taiping  (17 Jun). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa seronok melihatkan kehadiran ramai pengunjung dianggarkan 70,000 orang (Gelombang Biru) di majlis pelancaran Janji Ditepati peringkat negeri Perak dan menganggapnya sebagai manifestasi sokongan rakyat negeri ini dan sebagai pertanda jelas rakyat negeri Perak akan memilih  BN dalam pilihan raya akan datang dan tanda sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Muhyiddin jangan salah faham, persoalannya apakah yang disediakan di majlis tersebut? Majlis ini dianjurkan oleh Media Prima yang menghidangkan berbagai hiburan yang sangat digemari oleh anak muda dan orang ramai.  Sebab itulah  kehadirannya nampak meriah dan ramai pengunjung. Majlis sebegini tidak perlu sediakan bas, tidak perlu duit poket orang ramai akan datang kerana adanya hiburan. Jika ada artis yang di bawa bersama oleh Media Prima mesti meriah.


Muhyiddin  berkata ''Kehadiran saudara dan saudari juga menunjukkan betapa anda berasa dekat dengan kepimpinan kerajaan pada hari ini untuk membantu rakyat melayari bahtera hidup dalam keadaan yang lebih baik, lebih bahagia dan harmoni pada masa akan datang,"   Kemana saja pemimpin Umno BN berada inilah ucapan dan janji semanis gula Janji Ditepati disaat akhir-akhir penggal apabila pilihan raya akan muncul. Lima tahun sekali baru muncul.


Kita tidak mahu Muhyiddin tertipu dengan kehadiran orang ramai di majlis tersebut yang ditafsirkan oleh beliau sendiri bakal memilih Barisan Nasional. Dato Seri Najib faham dan pernah berkata “depan kita angguk belakang kita lain pula dibuatnya”.  


Janganlah Muhyiddin curahkan air ditempayan belum tentu  akan hujan kerana tertipu dengan Jerubu disangka bakal  datangnya hujan.

No comments:

Post a Comment