IKLAN

Sunday 17 June 2012

Perang Psikologi, Mimpi Manis Anggapan Muhyiddin Dan Shafie Terhadap Ramalan Pakatan Rakyat

Ping site
Minggu lepas apabila Pengarah Strategik PKR,  Rafizi Ramli meramalkan bahawa setakat ini  PKR meramalkan akan memenangi 105 kerusi parlimen dan memerlukan 6 lagi kerusi bagi memenangi dengan majoriti mudah, Timbalan Perdana  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap ianya sebagai ‘perang psikologi’ PKR.  Menurut Muhyiddin Yassin BN juga boleh jalankan survey juga.

Tiba-tiba muncul suara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengulas kenyataan timbalan presiden PKR Mohd Azmin Ali sebagai "mimpi manis" apabila Azmin meramalkan bahawa PKR akan menawan 20 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.  Azmin dilaporkan berkata demikian  ketika melancarkan jentera pilihan raya parti  PKR di Sarawak.

Apa yang dikatakan oleh Rafizi dan Azmin bukannya satu ‘perang psikologi” atau “mimpi manis”.  Ramalan yang dibuat oleh PKR tersebut adalah dari kajian yang teliti berdasarkan kepada senario politik yang mutahir mengambil kira isu-isu semasa yang menimpa Umno BN lebih-lebih lagi isu rasuah pemimpin Umno, terutama yang banyak dihadapi oleh Najib sendiri iaitu Scopene, Felda (FGVH), isu peribadi dan haramjadah.

Sambutan rakyat kepada ceramah dan majlis anjuran pakatan rakyat yang memenuhi setiap ruang majlis adalah sebagai tanda sokongan kepada pakatan rakyat.  Isu-isu fitnah kepada pemimpin pakatan rakyat tidak dilayan dan dipedulikan oleh mereka selain bertekad untuk berubah.

Sebulan selepas pilihan raya Dewan Undangan negeri Sarawak saya telah menjejak kaki ke Miri, Sarawak.  Ketika menemankan isteri bergunting rambut disebuah salon dapat kami berbual dengan pengunting rambut wanita berbangsa Cina. Dari perbualan tersebut kami difahamkan orang-orang Cina Sarawak semuanya bersatu untuk berubah dan memilih parti pakatan rakyat, cuma yang pelik masyarakat Melayu dan sebahagian masyarakat dayak takut untuk berubah walaupun mereka sebenarnya mahu berubah. 


Kini telah ada perkembangan terbaru bahawa mereka biarkan Sarawak di perintah oleh BN (kerana telah berlaku) dan akan memberi peluang kepada pakatan rakyat menerajui Putrajaya.

Inilah yang berani diperkatakan dan diramalkan oleh Azmin Ali dan juga Rafizi.  Sabah dan Sarawak tidak lagi menjadi fixed deposit untuk Umno BN dalam PRU ke-13 ini. Jika Muhyiddin mahu berkata ini perang psikologi atau Shafie dengan mimpi manis tiada siapa yang menghalang.  Kita berserah pada Allah SWT, hanya Tuhan maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment