IKLAN

Wednesday 13 June 2012

Tun Mahathir: Tidak Takut PR Ambil Putrajaya Kecuali Didakwa Tuduhan Palsu

Ping site
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerap kali berlakon sebagai raja lawak.  Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia tersenyum dan ada yang ketawa. Mahathir berkata beliau tidak takut Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa, kecuali beliau akan didakwa atas pertuduhan palsu.


Maksud daripada kenyataan tersebut ialah pakatan ambil alih Putrajaya tak mengapa tetapi yang dia takut ialah jika beliau disiasat dan didakwa atas pertuduhan palsu.  Inilah Mahathir sebenarnya.  Apa yang pernah dilakukan dahulu pada zaman kekuasaannya terhadap musuh politiknya bagi mengekalkan kuasa beliau anggap perkara yang sama akan dilakukan terhadap diri beliau.  Sebab beliau faham benar perkara ini.


Mahathir menyatakan demikian ini dalam blognya sebagai mengulas kenyataan anggota parlimen  DAP Lim Kit Siang bahawa Mahathir  bekerja keras memastikan pembangkang tidak berjaya kerana takut dakwaan salah lalu didedahkan. "Dia betul. Saya takut," tulis Dr Mahathir dalam blognya.


Itulah yang dimaksudkan Mahathir buat lawak.  Apa bezanya, pakatan jika dapat berkuasa kemudian membuat pertuduhan terhadap beliau? Maksudnya takutlah.  Apa yang perkatakan oleh Lim Kit Siang ada kebenarannya.  Lihat sahaja aktiviti mutahir yang dilakukan oleh Mahathir sama ada dalam ceramah, blog dan bukunya tidak ketinggalan akan memfokuskan cemuhan dan kutukan terhadapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat.  Baru-baru ini beliau menyalahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi penyebab kepada Umno dan kerajaan yang lemah.  Mahathir akan berusaha siang dan malam menentukan Umno BN kekal berkuasa di Putrajaya. Mahathir sedar jika tampuk kerajaan  dipeggang apa saja boleh dilakukan. Yang menentang dicantas, yang tiada rekod jenayah direka cipta asalkan tujuan tercapai.  


Kita berdoa semoga orang-orang seperti ini akan dkenang dan diingati oleh rakyat Malaysia keseluruhannya supaya dari kekejaman yang dilakukan selama ini dapat digembelingkan tenaga untuk kita mengubah Malaysia kepada satu negara Malaysia Baru yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment