IKLAN

Sunday 10 June 2012

M Kayveas: Gadis Cantik Tak Keluar Mengundi Guna Dakwat Kekal Takut Kotor Jari?

BlogPingTool.com
Ini seorang lagi  bekas menteri dan juga Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas, yang menyatakan langkah penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya sebagai langkah terkebelakang kembali ke zaman batu. Nasib baik juga BN sedar tidak melantik orang ini sebagai senator dan seterusnya menjadi menteri. 


Langkah menggunakan dakwat kekal satu pembaziran. Kayveas juga menyatakan Pakistan dan India gunakan dakwat kekal kerana mereka tiada sisitem pendaftaran warganegara seperti Mykad.  Bekas menteri ini buat-buat lupa atau buat-buat tak tahu orang ramai  yang memperkatakan daftar pengundi yang bermasalah penuh dengan ketidakaturan. Tidak mempunyai Mykad pun boleh dapat Mykad dan seterusnya dapat kelayakan mengundi. Ada faham.

Dengan bodohnya Kayveas mengeluarkan kenyataan gadis-gadis cantik tidak akan keluar mengundi kerana takut tangan kotor dan selama tiga bulan akan sembunyikan jari daripada kekasih. Otak mu.

Kayveas juga  menyatakan anak-anak muda telah digunakan pembangkang menggunakan internet untuk melakukan kerja fitnah. Sedarlah bahawa Umno BN juga menggunakan anak muda dan ada yang dibayar untuk melakukan kerja fitnah. Ada tahu kah.

Lepas itu ada pula ahli PPP mencadangan supaya memberi taraf Bumiputra kepada kaum India sama dengan Bumiputra yang lain.  Mana boleh. Taraf warganegara dan bumiputra hanya boleh di beri kepada Bangla, Indonesia, Kemboja dan Indonesia saja yang baru masuk ke Malaysia.
 
 Ada betulkah ini?

No comments:

Post a Comment