Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin mempertahankan sebab pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) ditarik balik pembekuannya kerana kerajaan Selangor tidak dapat selesaikan masalah jangka panjang. Tindakan mencairkan asset berjumlah RM30 juta tersebut hanya sebagai langkah jangka pendek.
Jika hendak mempolitikan biarlah matang, fikirlah setiap sudut sebelum sesuatu tindakan hendak dibuat. Sekarang umpama menegak benang yang basah, macam-macam alasan diberikan. Setelah menerima tekanan dari berbagai parti komponen Barisan Nasional, lekas-lekas buat pusingan 360 darjah menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan Kuis.
Kepada Khaled kita nak tanya sudah habis ke rayuan supaya mengundi BN (diri sendiri) yang dibuat melalui pos kepada pengundi-pengundi kawasan sendiri? Buang masa saja. Dengan peristiwa PTPTN ini nampaknya sokongan terhadap Khaled turun merudum. Adios.
No comments:
Post a Comment