Menteri
Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf di atas persembahan
artis K-Pop dari Korea yang menyinggung perasaan mana-mana pihak semasa
Himpunan Belia Negara di Putrajaya. Ini berikutan teguran Mufti Perak, Tan Sri
Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya
dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi
dan pakaian. Shabery Cheek dilapor berjanji bahawa pihaknya akan lebih
berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak berulang.
Dari
gambar-gambar disiarkan di internet, Najib juga dilihat puas hati dan terhibur
dengan kumpulan K-Pop di pentas dan beliau sempat bersalaman dengan artis-artis
tersebut. Usahlah hendak berdalih dengan mengatakan bagi sambutan belia akan
datang “beberapa acara perlu dilihat kembali”.
Inilah sebenarnya rakyat ingin tahu, perbelanjaan
sebesar RM20 juta adalah satu pembaziran. Jika wang sebanyak itu dibelanjakan untuk perumahan sudah tentu rakyat dapat
merasakan tempat tinggal yang selesa.
No comments:
Post a Comment