Menteri
Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulas berkenaan tuduhan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang
kerap menyerang beliau dengan melabelkan
beliau sebagai keras hati dengan
mengenakan pelbagai syarat bagi mengadakan
muzakarah antara Umno dan Pas.
Itulah
tindakan Nik Aziz dalam mempertahankan
dirinya terhadap kenyataan Harussani.
Lama sudah Pas telah membuat keputusan bahawa tidak perlu mengadakan
muzakarah dengan Umno yang banyak mengutuk parti Pas daripada inginkan
silatulrahim. Pas hanya mahu memfokuskan
penyatuan umat Islam daripada bercakap fasal Melayu. Mahyuddin sendiri mengaku beliau Melayu dulu
lepas itu baru Malaysia. Tidak pula
mengatakan Islam dahulu.
Pas banyak belajar daripada berbaik dengan Umno bahkan berpengalaman memerintah Malaysia
bersama Umno. Akhirnya Pas dihalau kerana Umno mahu berkuasa sepenuhnya. Segala
macam kutukan dan fitnah terhadap Pas dan pemimpin tertinggi Pas termasuk Nik
Aziz sendiri yang dituduh rasuah. Anak
Nik Aziz sendiri pernah di tahan di bawah ISA.
Tuan Guru Nik Aziz sudah lama faham tentang ini. Umno sekarang sedang
mempolitikkan isu muzakarah Pas dan Umno ini. Inilah satu daripada cara untuk menggambarkan bahawa Pas
tidak mahu kepada penyatuan umat dan manakala Umno pula bersedia bermuzakarah dan juga pembela agama islam.
No comments:
Post a Comment