IKLAN

Friday 8 June 2012

Virus No Komen dan Virus Diam Serang Pemimpin Umno BN

Ping Blog
Pemimpin-pemimpin Umno BN sekarang dihinggapi banyak virus.  Makin lama makin jelas virus yang dihidapi mereka.  Sudah lama kebanyakan pemimpin Umno BN dihinggapi virus “DIAM” dan kini satu jenis virus baru muncul iaitu  “no komen”.


Selama ini tidak seorang dari kalangan pemimpin Umno BN yang bercakap berhubung dengan skandal kapal selam scorpene  dan pembunuhan jurubahasa dari Mongolia Altantuya.  Semuanya senyap dan DIAM.  Terbaru timbul pula virus “no komen” yang berjangkit kepada Timbalan Perdana Menteri  apabila diminta memberi pandangan terhadap siasatan Mahkamah Perancis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Scorpene, jawapannya “no komen".


Sebenarnya virus  “no komen” ini buat pertama kalinya berjangkit kepada diri Najib dalam satu sidang media pada 22 April lalu.  Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di Mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ke mahkamah itu. Beliau  juga diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan adanya bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian Scorpene.

Najib memberi jawapan  “Saya tak mahu komen… Saya tak perlu komen, terima kasih". Tidak sampai sepuluh minit  sidang media tersebut  ditamatkan.


Semua orang faham virus DIAM dan virus NO KOMEN  adalah satu virus baik (umpama good cholesterol) yang harus ada pada mereka. Ini adalah sebagai penyelamat. Lebih-lebih lagi pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa saja. Kalau BISING atau KOMEN nampaknya kecundanglah kerana nama tidak termasuklah dalam senarai calon boleh menang.


Lihat sahaja Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bersilat, bertaici dan berkuntau membuat penafian bahawa dokumen rahsia Tentera Laut DiRaja Malaysia berhubung dengan kedua-dua kapal selam Scorpene  dijual kepada syarikat pertanahan Perancis adalah tidak benar.

Virus DIAM, NO KOMEN dan NAFI sama saja, semuanya adalah senjata untuk menyelamatkan diri dari kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN.

No comments:

Post a Comment