IKLAN

Friday 8 June 2012

PTPTN Beku Kemudian Tarik Balik Pembekuan?

Ping my blog
Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi (PTPTN) telah membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor. Ini disahkan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 7 Jun 2012. Menurut beliau  tujuan pembekuan  tersebut adalah ingin memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mempu memberikan pendidikan percuma di negeri Selangor. Keputusan PTPTN juga diperluaskan kepada  Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).


Sehubungan dengan tindakan PTPTN tersebut Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kerajaan Selangor telah mengambil langkah drastik untuk mencairkan asset Unisel berjumlah RM30 juta untuk persediaan membantu pelajar-pelajar terelibat.

Inilah antara tindakan kerajaan Barisan Nasional yang semata-mata bertujuan untuk memalukan kerajaan Selangor sekaligus sebagai satu daripada agenda untuk mengambil alih Selangor dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang.


Sebenarnya tindakan Kerajaan Barisan Nasional ketika membuat keputusan  tidak memberikan pinjaman kepada universiti-universiti di bawah kerajaan Selangor adalah satu kesilapan, mereka lupa bahawa tidak semua pelajar yang belajar di universiti-universiti tersebut terdiri daripada anak Selangor.  Pelajar juga datang dari luar Selangor anak negeri-negeri BN seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan sebagainya yang turut belajar disini.  Oleh itu target  BN untuk mengenakan kerajaan pakatan rakyat Selangor adalah satu tindakan umpama memakan diri.


Tiba-tiba muncul pula suara dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyatakan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah. Dengan lain-lain perkataan umpama menyuruh Khalid Ibrahim  sujud kepada kerajaan BN. Nampak sangat isi perut Noh Omar.  Tindakan BN umpama tidak dapat tanduk telinga dipulas.  Apakah kesalahan yang dilakukan oleh PKR?.

Inilah dikatakan tindakan pemimpin kurang matang  Umno BN yang membuat sesuatu tindakan tidak menggunakan otak.  Betullah kata Tun Mahathir ramai orang yang bijak pandai berada di pihak pembangkang, yang bodoh-bodoh berada dalam Umno.  Apa yang diperkatakan dan dijanjikan oleh pakatan rakyat ialah “Jika  PAKATAN BERKUASA DI PUTRAJAYA Pinjaman  PTPTN  akan dimansuhkan, rakyat akan diberikan pelajaran percuma.  Kalau  bahasa sebegini mudah tidak dapat difahami adalah lebih baik masuk kelas dewasa, tidak layak menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi.


Tan Sri Khalid Ibrahim  telah mengambil langkah yang tepat dan betul untuk mencairkan harta kerajaan Selangor terutama milik Unisel yang bernilai  RM30 juta.  Inilah satu pengorbanan yang harus dibuat bagi menyelesaikan masalah pelajar yang terlibat termasuk pelajar anak-anak negeri BN.

Hari ini  Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi (PTPTN) telah menarik semula pembekuan pinjaman tersebut kepada kedua-dua universiti tersebut.  Ini telah disahkan sendiri oleh  menterinya Mohamed Khaled Nordin.

Walau apa alasan sekali diberikan pembekuan ditarik balik, samada disebabkan rayuan oleh Unisel, bagi rakyat amat faham mereka tetap beranggapan BN berdendam dan telah menerima kritikan yang tidak tertulis yang amat marahkan tindakan BN tersebut.  BN sendiri telah tersedar hendak kenakan pakatan rakyat, BN pula yang menerima padah.

Makin lama menunggu tarikh pilihan raya, maka semakin banyak isu-isu yang timbul akibat perbuatan Umno BN sendiri.  Elok juga lambat lagi pilihan raya, silap hari ada orang yang mati terduduk.


No comments:

Post a Comment