IKLAN

Thursday 14 June 2012

Muhyiddin: Saya Tidak Akan Tunjukkan Akaun Saya Pada Anwar

Blog Pinger Free
Baru padan muka Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mengatakan tuduhan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki aset dan wang tunai sehingga RM3 bilion perlu dijawabnya sendiri kerana ia melibatkan dirinya dan tiada kena mengena dengan orang lain. Seolah-olah  bukan beliau yang membuat tuduhan, beliau cuma quote sahaja apa yang dituduh oleh satu NGO.  Tiada kena mengena dengan beliau.


Kenyataan Muhyiddin adalah sebagai maklum balas terhadap cabaran Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya beliau mendedahkan semua akaun bank dan asetnya jika mahu Anwar berbuat demikian.  Baru kena buku dengan ruas. Walau pun beliau mengatakan ‘cuma quote’ sahaja bermakna beliau juga turut sama membuat tuduhan terhadap Anwar. Muhyiddin tiba-tiba mengelak dengan mengatakan bahawa kes Anwar tersebut tiada kena mengena dengan beliau.  Yang seronok didengar apabila Muhyiddin berkata "Saya punya duit apa (sangat) yang ada."


Sebenarnya Muhyiddin tahu bahawa kes RM3 bilion tersebut telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah,  ketika itu Ketua Pengarahnya ialah Datuk Shafie Yahya . Kes ini disiasat berdasarkan kepada  Statutory Declaration (Akuan Bersumpah) bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid bagi tuduhan terhadap Anwar Ibrahim 13 tahun yang lalu.


Dari siasatan yang dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah didapati bahawa “tiada sebarang kes" terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Ini diperakui sendiri oleh  bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah, Abdul Razak bin Idris dalam Akuan Bersumpah dibuatnya bertarikh 10 November 2009.

Kepada NGO-NGO yang mengadakan demonstrasi meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes RM3 bilion ini, sila lihat dan  baca perakuan Abdul Razak Idris yang jelas maksudnya.  






 Akuan Bersumpah diambil dari Blog beritasemasa.com



No comments:

Post a Comment