IKLAN

Sunday 10 June 2012

Hishamuddin: Video KDN Tak Boleh Siar Lagi

BlogPingTool.com
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, video klip kementeriannya berhubung perhimpunan BERSIH ditahan terlebih dahulu kerana kerajaan melantik panel bebas menyiasat perkara itu.



Sebenarnya malas hendak mengulas kenyataan menteri ini. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan sudah tentu ada yang berminat untuk mengulasnya. Beribu video berkenaan Himpunan Bersih 3.0 yang dikeluarkan di internet melalui youtube. Hampir semua orang samada dalam negara atau luar negara telah melihatnya, lebih-lebih lagi berhubung dengan kekejaman pihak polis samada FRU, GD, SB atau polis trafik, cuma unit polis udara sahaja yang tidak nampak terlibat selain berlegar-legar terbang rendah di udara dengan helikopter sahaja.



Fikirlah sacara lojik, panel yang dilantik walaupun tidak dibekalkan dengan video polis, panel secara individu sudah tentu ada melihat beberapa video di youtube untuk menyaksikan  suasana yang berlaku sebenarnya semasa perhimpunan Bersih 3.0 tersebut.



Tanpa video yang dibekalkan oleh  Hishamuddin orang ramai sudah lama membuat penilaian apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tersebut termasuklah gambar Hishamuddin menghalakan teropongnya dari Bulkit Aman melihat suasana perhimpunan tersebut.  Orang ramai tidak bodoh.

No comments:

Post a Comment